awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madius hantar usul mansuh JASA

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2020
15:33 MYT
Madius hantar usul mansuh JASA
Madius telah menghantar satu usul berhubung pemansuhan Jasa kepada Dewan Rakyat. - Bernama
KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Madius Tangau telah menghantar satu usul berhubung pemansuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada Dewan Rakyat, pada Khamis.
Biarpun terdapat cadangan untuk mengubah terutama butiran mengenai perluasan JASA, namun beliau tidak berganjak dari pendirian untuk memotong sepenuhnya peruntukan tersebut.
"Usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa jumlah sebanyak RM1,242,464,900 untuk Maksud B 47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam Jadual kepada Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 (DR 16/2020) hendaklah dikurangkan sebanyak RM81,500,000.
"Langkah ini saya ambil untuk memastikan supaya JASA atau apa pun nanti jenama agensi itu hendaklah dimansuhkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.
Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berharap Speaker Dewan Rakyat menerima dan membenarkannya untuk membentangkan usul itu ketika Perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada Khamis mengumumkan pengurangan peruntukan JASA, berbanding RM85.5 juta yang diumumkan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Madius Tangau
#Jabatan Hal Ehwal Khas
#jasa
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan