[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Madu direman sebar gambar aib guru

Sinar Harian 02/06/2025 | 07:20 MYT
Ejen insurans direman sebar gambar bogel madunya yang juga seorang guru. -Sinar Harian
MELAKA: Seorang ejen insurans direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang guru Mac lalu.


Ringkasan AI
  • Seorang ejen insurans wanita berusia 53 tahun direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang guru, dalam kejadian yang dilaporkan pada Mac lalu.
  • Suspek ditahan di KLIA pada malam Ahad selepas dikesan sebagai individu dikehendaki, susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa apabila bapanya menerima surat mengandungi gambar bogel mangsa dan suaminya.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan, manakala peguam suspek membantah permohonan reman empat hari yang dipohon polis.


Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu yang bermula pada Isnin dikeluarkan Majistret, Nurul Asyikin Rosli selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat.

Ia bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, ibu kepada empat anak itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

“Wanita itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki untuk siasatan susulan laporan dibuat madunya yang juga seorang guru berusia 47 tahun.

“Guru terbabit membuat laporan polis terhadap suspek apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya," katanya.

Kata sumber, disebabkan bimbang aibnya tersebar selain suspek sering mengganggu keluarganya, pengadu membuat laporan polis pada 27 Mac lalu.

Sementara itu, peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari yang dipohon polis. -Sinar Harian






#ejen insurans wanita #Mahkamah Majistret Ayer Keroh #sebar gambar bogel madu #guru