awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI jalankan pemutihan, 126 nelayan terima lesen kelas A di Endau

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/03/2022
06:37 MYT
MAFI jalankan pemutihan, 126 nelayan terima lesen kelas A di Endau
Ronald ketika hadir Program Jelajah Dialog Agromakanan Pertanian dan Perikanan 2022 di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau pada Selasa. - Foto Astro AWANI
MERSING: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memberikan 126 lesen kelas Zon A terhadap nelayan di Endau, di sini selepas melakukan proses pemutihan di kawasan itu.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee, usaha itu bagi memastikan hanya nelayan tulen yang memperoleh manfaat untuk menikmati hasil tangkapan laut tanpa sebarang kekangan.
“Saya terima banyak rungutan nelayan di Endau yang tak ada lesen untuk tangkap ikan di laut tanpa mempunyai lesen.
“Keadaan itu menyebabkan ada nelayan yang tidak terima faedah termasuk elaun sara diri, subsidi minyak, dan sebagainya.
“Jadi kita dah laksanakan proses pemutihan dan kekosongan itu dapat diisi dengan nelayan tulen yang berdaftar menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)," katanya ketika hadir Program Jelajah Dialog Agromakanan Pertanian dan Perikanan 2022 di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau pada Selasa.
Tambahnya, seramai hampir 3,000 nelayan telah diberikan lesen tersebut di seluruh negara selepas proses pemutihan.
Selain itu, mengulas mengenai tuntutan golongan nelayan yang memohon elaun mereka dinaikkan, beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan memandangkan ia memerlukan kajian dan status kewangan kerajaan.
Ini selepas golongan itu yang sebelum ini menerima elaun kos sara hidup sebanyak RM300 memohon kenaikan kepada RM500.
Topic Berkaitan
#lesen kelas A
#Ronald Kiandee
#MAFI
#LKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan