awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI peruntuk lebih RM43.5 juta untuk sektor pertanian di Terengganu - Ronald

Bernama
Bernama
23/06/2022
06:49 MYT
MAFI peruntuk lebih RM43.5 juta untuk sektor pertanian di Terengganu - Ronald
Ronald Kiandee berkata, peruntukan tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI bagi pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif. - Bernama
JERTIH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun ini memperuntukkan lebih RM43.5 juta bagi merancakkan lagi sektor pertanian Terengganu sekali gus memajukan industri agromakanan di negeri ini.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, peruntukan tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI bagi pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan.
"Sektor agromakanan juga berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya pascapandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran dan kestabilan rantaian bekalan makanan negara. Dalam hal ini, kerajaan amat komited memastikan jaminan bekalan makanan negara kekal utuh melalui sinergi berterusan bersama kerajaan negeri.
"Justeru, kerjasama yang padu dengan Kerajaan Negeri Terengganu akan diteruskan bagi melaksanakan inisiatif yang dirancang dengan baik," katanya berucap pada Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternakan dan Nelayan Tahun 2022 Peringkat Negeri Terengganu oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Azman Ibrahim.
Dalam pada itu, Ronald berkata kerajaan melalui kerangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) sentiasa berusaha untuk mentransformasikan sektor agromakanan kepada sektor yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.
Sehubungan itu, beliau menyeru peladang, penternak dan nelayan terutama golongan muda agar menyokong usaha kerajaan untuk membawa teknologi moden seperti penggunaan Internet benda (IoT), pendigitalan, mekanisasi dan automasi dalam sektor agromakanan di era Revolusi Industri 4.0 bagi melonjakkan sektor tersebut ke satu dimensi yang lebih kompetetif, efektif dan berdaya saing.
Sementara itu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata 37 peratus tanah di Terengganu adalah dikhaskan untuk pertanian namun masih terdapat 8,310.82 hektar tanah daripada jumlah tersebut yang masih belum diusahakan.
"Justeru, kerajaan negeri berhasrat penggunaan tanah dapat dioptimumkan melalui penglibatan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, petani, usahawan, belia dan golongan B40 dalam sektor pertanian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAFI
#sektor pertanian
#terengganu
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan