Seorang remaja berusia 13 tahun berjaya membangunkan aplikasi buku teks digital untuk mengurangkan kebergantungan kepada buku teks fizikal dalam era digital ketika ini.
Menerusi latihan serta tunjuk ajar diterima daripada Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) @Borneo744 di kawasan Bintawa di sini, Ahmad Zulfadzli Khamidi berjaya membangunkan aplikasi tersebut dalam tempoh kurang dua minggu.
Berkongsi pengalamannya kepada Bernama, remaja itu berkata sebelum membangunkan aplikasi tersebut, dia melaksanakan kajian malahan dirinya sendiri sebagai 'contoh terbaik' yang sering kali cepat bosan dan mengantuk apabila mengulang kaji pelajaran menggunakan buku teks biasa.
"Ketika membangunkan aplikasi ini, saya gariskan empat perkara yang boleh diselesaikan 'Buku Teks Digital' ini. Empat perkara tersebut ialah 'guru tidak perlu menyemak latihan dan memeriksa kertas peperiksaan satu persatu, tidak perlu bawa buku ke sekolah, buku teks hilang, dan alat tulis tidak mencukupi'.
"Namun begitu masih ada kekangan untuk merealisasikan impian tersebut, saya memiliki idea namun tidak ada sebarang pengetahuan serta kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi,," kata anak kedua daripada empat beradik itu yang bersekolah di rumah atau "homeschool".
Dibantu ibunya Norhasyimah Ahmad Merrican, 38, mereka ke Borneo744 untuk mendapatkan nasihat dan 'terkejut' dengan peluang ditawarkan secara percuma di pusat inovasi itu seperti program pengenalan untuk pelajar sekolah rendah mempelajari asas-asas dan prinsip pengekodan atau 'coding' secara praktikal.
"Sejak awal bulan ini di Borneo744 saya diberi tunjuk untuk menggunakan MIT App Inventor 2 untuk membangunkan Buku Teks Digital. Alhamdulillah menerusi tunjuk ajar yang diterima dalam tempoh kurang dua minggu saya berjaya membangunkan aplikasi ini.
"Buku Teks Digital ini mudah dan sesuai buat semua peringkat umur pelajar, sekolah rendah, sekolah menengah ataupun universiti. Buat permulaan aplikasi ini mempunyai subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains namun boleh ditambah pada masa hadapan," katanya.
Borneo744 yang terletak di atas tapak seluas 120,000 kaki persegi dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Mei lalu.
Ketika ditanya bagaimana Buku Teks Digital berfungsi, Ahmad Zulfadzli berkata buku teks versi digital itu boleh diakses secara dalam talian ataupun luar talian.
Katanya dalam menjayakan inovasi tersebut, dia akan bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan supaya silibus dalam Buku Teks Digital itu sama seperti yang digunakan di sekolah.
"Pengguna telefon pintar perlu memuat turun di Apple App Store atau Google Play Store. Buku Teks Digital ini akan memiliki silibus sama seperti buku teks fizikal, selain memudahkan proses pembelajaran, guru juga tidak perlu lagi menyemak kertas latihan yang banyak kerana semua boleh dilakukan menggunakan aplikasi tersebut.
"Murid dan pelajar yang menggunakan aplikasi ini boleh melakukan latihan juga dan terus menghantar kepada guru, selepas ini warga pendidik hanya perlu memeriksa latihan diberikan tanpa perlu menyemak kertas yang banyak," katanya sambil menambah proses memasukkan data ke dalam aplikasi itu juga mudah.
Sebagai menjamin penggunaan aplikasi itu tanpa sebarang masalah, Ahmad Zulfadzli akan turut membina laman web khas buat aplikasi tersebut supaya sebarang masalah berkaitan dapat dilaporkan.
Baru dibangunkan tidak sampai sebulan, Buku Teks Digital hasil inovasi Ahmad Zulfadzli sudah mendapat pengiktirafan selepas menang tempat pertama kategori Junior Hack Weekend KCH bersempena Forum Belia TEGAS 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14 Okt lepas.
Tidak leka dengan kejayaan tersebut, Ahmad Zulfadzli kini dalam proses menyiapkan aplikasi keduanya yang dibangunkan untuk kemudahan usahawan kecil di Sarawak memasarkan produk mereka.
Bagi Norhasyimah yang merupakan seorang usahawan, beliau amat berbangga dengan kemampuan anaknya itu yang ketika ini hanya bersekolah di rumah dan akan terus menyokong setiap aktiviti untuk meningkatkan kemahiran anaknya itu.
"Ahmad Zulfadzli memang sudah lama menunjukkan minat serta terlibat dalam aktiviti keusahawanan dan inovasi sejak berusia sembilan tahun, rasa bersyukur dengan peluang yang ada ditawarkan Borneo744 untuk merealisasikan impian anak saya ini," kata ibu tunggal itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
Ahmad Zulfadzli menunjukkan slide pembentangan mengenai aplikasi tersebut yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada buku teks fizikal kepada pelajar sekolah ketika ditemui di rumahnya di Kuching, 22 Okt, 2017. -- fotoBERNAMA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
MaGIC bantu remaja 13 tahun bangunkan aplikasi buku teks digital
Menerusi latihan serta tunjuk ajar diterima daripada Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) @Borneo744 di kawasan Bintawa di sini, Ahmad Zulfadzli Khamidi berjaya membangunkan aplikasi itu.