Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penganjuran MAHA 2020 itu buat pertama kali akan diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan maya.

"Mesyuarat Khas juga bersetuju secara dasar dengan cadangan penganjuran Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020.

"MAHA 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020 secara hibrid iaitu fizikal dan maya (virtual). Pihak Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi tujuan penganjuran MAHA 2020," katanya dalam sidang media elaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.

Antara garis panduan baharu yang ditetapkan, hanya peserta yang diberi kad jemputan sahaja dibenarkan, kehadiran setiap peserta akan direkodkan, peserta antarabangsa pula dibenarkan terlibat secara atas talian.

Bagaimanapun jelas Ismail, prosedur operasi standard (SOP) perancangan dan pelaksanaan akan diperhalusi dan dibincangkan lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.