MALAYSIA
MAHA 2026: Sasar empat juta pengunjung, RM58 juta transaksi jualan
Mohamad (dua dari kiri) dalam Majlis Pra Pelancaran MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini. - Foto KPKM
KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 menyasarkan kehadiran empat juta pengunjung sepanjang tempoh penganjuran yang dijadual pada 28 Ogos hingga 6 September 2026.
Kementeran Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, MAHA 2026 turut menyasarkan sebanyak RM8 bilion nilai pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) atau memorandum persetujuan (MOA), dengan RM58 juta nilai transaksi jualan, penyertaan lebih 2,000 pempamer serta penglibatan 800,000 belia.
Jelas kementerian itu, MAHA 2026 mengangkat tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” atau “Value Creation for Food Security”, yang menampilkan visi Malaysia membangunkan ekosistem agromakanan yang berdaya tahan, berasaskan teknologi dan berimpak tinggi.
"MAHA 2026 membuka peluang untuk memperkenalkan teknologi pertanian terkini, produk serta perkhidmatan agromakanan kepada pasaran yang lebih luas dan bakal menjadi platform unggul untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor pertanian dan agroindustri.
"Melalui MAHA 2026, usahawan dan pelabur turut berpeluang meneroka dagangan, pelaburan, kolaborasi dan perkongsian teknologi, membangunkan pasaran import serta eksport, serta melancarkan produk dan perkhidmatan inovatif sekali gus membuka ruang bagi pertumbuhan kerjaya dan keusahawanan dalam sektor agro," kata kementerian itu dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Majlis Pra Pelancaran MAHA 2026 telah dirasmikan hari ini oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, yang turut memperkenalkan logo dan maskot.
Mengulas lanjut, kementerian itu berkata penyertaan dalam MAHA 2026 bukan sahaja membolehkan perniagaan memperkukuh jaringan pelanggan sedia ada dan membina hubungan antarabangsa yang strategik, malah memberi peluang menjadi antara yang terawal mengetahui trend pasaran terkini serta meningkatkan daya saing dalam industri agro.
Katanya, MAHA 2026 akan menghimpunkan petani, usahawan, pelabur dan penginovasi dalam misi pengembangan perniagaan dan transformasi industri pertanian negara.
"Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), penganjuran MAHA 2026 menegaskan komitmen Malaysia dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan mampan di samping memacu nilai ekonomi baharu melalui inovasi dan pendigitalan.
"Selain itu, agropelancongan terus diraikan sebagai jambatan komuniti, memperkukuh warisan desa, hasil tempatan dan kepelbagaian budaya Malaysia," tambah kementerian itu.
Dalam masa sama, pengunjung MAHA 2026 boleh menikmati pelbagai tarikan termasuk pameran bunga, pameran agrotek, fiesta makanan, pertandingan agro, persembahan laser, persembahan air, sukan rakyat, rewang warisan, Rhythm of the Farmers (ROTF), sesi santai kopi, agropreneur muda, kiddies wonderland, agro safari, taman burung serta banyak lagi.