awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahadi Che Ngah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/10/2020
04:50 MYT
Mahadi Che Ngah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu
Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa 1 Oktober. - Gambar Facebook DBKL
PUTRAJAYA:Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang tamat perkhidmatan pada 30 September.
"Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta persetujuan oleh Perdana Menteri," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Mahadi yang berkelulusan ijazah dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah memulakan kerjaya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa pada April 1983 sebelum bersara wajib pada September 2019.
Menurut Annuar, tempoh perkhidmatan dan pengalaman beliau bersama sebelum ini dilihat mampu menerajui DBKL.
Dalam masa sama beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Nor Hisham atas segala usahanya dalam menguruskan hal perbandaran selama tempoh perkhidmatan beliau.
Majlis Penyampaian Watikah akan diadakan di DBKL pada pukul 10.30 pagi Jumaat ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Mahadi Che Ngah
#Datuk Bandar
#Kuala Lumpur
#DBKL
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#Pegawai Perancang Bandar dan Desa
#Annuar Musa
#Menteri Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan