Tarif elektrik di negara ini masih kekal pada kadar sedia ada, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata sebarang kenaikan atau penurunan tarif elektrik perlu dilihat secara holistik.
"Ia tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja. Kita kena lihat pelbagai sudut, sebab kita ada golongan mereka yang berpendapatan rendah, kelas pertengahan, industri dan sebagainya. Jadi, bila nak tengok tarif elektrik, kita kena tengok secara holistik.
"Maknanya, kajian mendalam perlu dijalankan jika ingin membuat sesuatu dengan tarif elektrik. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menaik atau menurunkan tarif elektrik," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Beliau ditemui selepas majlis penutup Bengkel Jurulatih Utama Kebangsaan Modul Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga 2013 serta pelancaran Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) kementerian Datuk Badaruddin Mahyudin, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Hadri Haris serta Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Haslan Abu Hassan.
Walaupun harga gas dan sumber tenaga semula jadi lain naik, namun kerajaan masih mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada, katanya.
Mengenai kejadian tumpahan diesel di Sungai Selangor baru-baru ini, beliau berkata pengawasan dan penguatkuasaan perlu ditingkatkan di sungai utama di negara ini khususnya sungai yang membekalkan air bersih kepada penduduk dan industri.
Katanya langkah mewujudkan pasukan petugas secara bersepadu di kawasan berkenaan adalah salah satu langkah berkesan bagi membendung kejadian ini daripada berulang dimasa depan.
"Kita tengok sungai yang menjadi keutamaan kepada bekalan air bersih. Dalam hubungan ini, kita cuma cadangkan untuk wujudkan pasukan petugas sebab ia bukan bidang kuasa kementerian ini tapi bidang kuasa di kementerian lain.
Kementerian ini lebih kepada pengatur untuk bekalan air bersih sahaja," katanya.
Bengkel tiga hari itu disertai 450 orang guru dari seluruh negara.
Program usaha sama kementerian, USM dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah tentang Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga selaras dengan dasar Teknologi Hijau Negara.
Bernama
Thu Sep 05 2013
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Mahadzir Khalid: Tarif elektrik kekal pada kadar sedia ada
Walaupun harga gas dan sumber tenaga semula jadi lain naik, namun kerajaan masih mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada.