awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa diingat tidak terjebak skim pinjaman “beli dulu, bayar kemudian” - Zambry

Bernama
Bernama
09/07/2025
04:50 MYT
Mahasiswa diingat tidak terjebak skim pinjaman “beli dulu, bayar kemudian” - Zambry
Menurut Zambry, pihaknya menerima maklumat awal mengenai wujudnya skim pembelian yang kemudiannya ditukar kepada pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi, sekali gus menjerat mahasiswa dalam beban hutang. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan mahasiswa supaya lebih berwaspada dan tidak terjebak dalam skim pinjaman atau pembelian "beli dulu, bayar kemudian" yang boleh membebankan mereka dengan hutang yang tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai wujudnya skim pembelian yang kemudiannya ditukar kepada pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi, sekali gus menjerat mahasiswa dalam beban hutang yang mereka sendiri tidak menyedarinya.
"Banyak pihak telah menghubungi saya dan memaklumkan mengenai isu ini yang semakin membimbangkan.
"Saya tidak mahu menamakan mana-mana pihak, tetapi laporan yang diterima menunjukkan banyak pelajar berisiko terperangkap dengan jumlah hutang yang besar," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.
Zambry berkata KPT telah diarahkan untuk mengambil langkah segera dengan memaklumkan kepada semua universiti supaya mendapatkan maklumat terperinci sama ada pelajar terperangkap dalam skim sedemikian.
KPT juga, katanya, sedang mendapatkan maklumat terperinci sama ada terdapat mahasiswa yang telah terkesan akibat pinjaman itu.
"Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan. Yang paling penting, saya ingin menasihatkan mahasiswa supaya tidak terperangkap dalam skim sebegini kerana akan menyusahkan mereka, sekali gus membebankan kehidupan dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pengajian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahasiswa
#skim pinjaman
#beli dulu bayar kemudian
#beban hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan