awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan

Bernama
Bernama
01/05/2024
00:10 MYT
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Fadillah berkata rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang. - Foto fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Golongan mahasiswa harus menggunakan masa di universiti berkenal-kenalan antara satu sama lain, khususnya dalam membina rangkaian yang boleh dimanfaatkan semasa memasuki alam pekerjaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
"Ada yang mungkin (bekerja) ke bidang politik, ada dalam pentadbiran atau perniagaan. Jadi, rangkaian inilah yang akan menguatkan apa sahaja bidang yang akan diceburi.
"Inilah masanya untuk kita mengenali satu sama lain," katanya dalam ucapan bersempena dengan majlis hari raya MPP Eid Fiesta anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Fadillah turut menasihati pelajar untuk sentiasa fokus dalam pelajaran serta apa sahaja perkara yang dilaksanakan ketika berada di universiti.
"Jadi, saya mendoakan anak-anak pelajar agar berjaya kerana Malaysia memerlukan anda semua untuk terus memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
"Hal ini kerana zaman sekarang jika tidak ada ilmu, tidak ada pengetahuan dan kemahiran, kita akan berdepan dengan cabaran kehidupan yang lebih sengit. Jadi, timbalah ilmu sebaiknya," kata beliau.
Dalam majlis itu, Fadillah turut berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada 20 pelajar UiTM terdiri daripada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di samping beramah mesra dengan pelajar-pelajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahasiswa
#bina rangkaian
#Fadillah Yusof
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan