GEORGE TOWN: Para mahasiswa mesti menggunakan ruang dan peluang berada di universiti untuk mengurus kedewasaan dan membangunkan kematangan diri dengan cara terbaik.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat banyak catatan sejarah di seluruh dunia yang menunjukkan betapa aspirasi dan pemikiran besar mahasiswa telah berjaya membawa perubahan dalam sesebuah negara.
"Hal ini adalah kerana mahasiswa dan mahasiswi mempunyai peranan yang penting dalam menggelorakan masyarakat," katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM SeMalaysia bagi sesi 2022-2023 di sini semalam.
Beliau turut memetik beberapa contoh sejarah yang dicetus dan digerakkan oleh mahasiswa seperti gerakan anti-aparteid di Afrika Selatan sekitar 1970-an dan 1980-an yang menentang diskriminasi dan kekejaman kepada kaum kulit hitam; serta gerakan protes ke atas pertukaran undang-undang tanah di Kazakhstan sekitar tahun 2016 yang dilihat merugikan petani tempatan.
Selain itu, Mohamed Khaled berkata Carnation Revolution yang turut dikenali sebagai Revolusi 25 April di Portugal pada tahun 1974 akhirnya membawa kepada penggulingan rejim Estado Novo.
Beliau berkata kepekaan mahasiswa tentang perkara yang berlaku di luar universiti bukan sahaja membawa perubahan dalam dasar dan hala tuju negara, tetapi turut menyumbang kepada tadbir urus kerajaan yang lebih baik.
"Terdapat banyak lagi contoh yang menunjukkan betapa aspirasi dan gerakan mahasiswa sangat berkesan dalam mencorak sistem nilai yang dipegang oleh sesebuah masyarakat.
"Malah, di negara kita sendiri, gerakan awal kemerdekaan banyak yang dipengaruhi oleh mahasiswa kerana masyarakat melihat mahasiswa sebagai golongan pintar dan bakat terbaik bangsa yang menghuni menara gading," katanya.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Mohamed Khaled bermesra dengan pelajar selepas majlis perasmian Konvensyen MPP UiTM SeMalaysia bagi sesi 2022-2023 di George Town semalam. - Facebook Mohamed Khaled Nordin
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.