awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB belum terima sebarang cadangan rasmi pengambilalihan LTSAAS - Zambry

Bernama
Bernama
28/05/2021
20:30 MYT
MAHB belum terima sebarang cadangan rasmi pengambilalihan LTSAAS - Zambry
Zambry berkata MAHB yakin bahawa cadangan dan pandangan yang dikemukakan untuk mengekalkan LTSAAS sebagai hab penerbangan dan aeroangkasa akan dipertahankan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) belum menerima sebarang cadangan rasmi daripada kerajaan atau swasta mengenai pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) yang menjadi tular sebelum ini.
Pengerusinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata MAHB telah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keadaan terkini LTSAAS dan pelan yang tersedia di bawah "Subang Airport Regeneration" baru-baru ini.
"Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa setiap cadangan pembangunan pengembangan mengenai lapangan terbang itu akan dirujuk kepada MAHB sebagai pihak berkepentingan utama mewakili kerajaan.
"Oleh itu, kami yakin dengan komitmen perdana menteri dalam memastikan LTSAAS kekal sebagai aset strategik dan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Lembaga Pengarah MAHB, malam tadi.
Zambry berkata MAHB yakin bahawa cadangan dan pandangan yang dikemukakan untuk mengekalkan LTSAAS sebagai hab penerbangan dan aeroangkasa akan dipertahankan selaras dengan rancangan yang telah disusun.
"LTSAAS sekarang adalah pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kedua yang paling terkenal di Asia dan keempat di dunia," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#LTSAAS
#MRO
#aeroangkasa
#penerbangan
#Asia
#Zambry Abdul Kadir
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#Subang airport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan