awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB bertanggungjawab jika gangguan Aerotrain disebabkan isu teknikal - Loke

Bernama
Bernama
30/10/2025
14:45 MYT
MAHB bertanggungjawab jika gangguan Aerotrain disebabkan isu teknikal - Loke
Loke berkata lesen pengendali yang dikeluarkan kepada MAHB menetapkan syarikat itu wajib memastikan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan kepada pengguna. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kekerapan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak boleh diterima dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dipertanggungjawabkan atas sebarang gangguan yang didapati disebabkan isu teknikal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata MAHB selaku pemegang konsesi bertanggungjawab terhadap projek dilaksanakan kontraktor yang dilantik iaitu Alstom dan IJM-PESTEC Joint Venture (IPJM).
"Kami kena pastikan perkhidmatan ini lebih dipercayai... kami masih tak puas hati lagi dalam tempoh empat bulan berlaku begitu banyak kali gangguan bagi satu sistem baharu.
"Beberapa gangguan adalah disebabkan oleh kesalahan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku. Itu yang perlu kami ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di sini hari ini.
Loke berkata sebarang tindakan punitif hanya akan diambil selepas siasatan terhadap setiap insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain diselesaikan.
Selasa lepas, Loke mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan gangguan terbaharu perkhidmatan Aerotrain pada awal pagi hari yang sama.
Beliau berkata lesen pengendali yang dikeluarkan kepada MAHB menetapkan syarikat itu wajib memastikan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan kepada pengguna.
Mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun hingga RM250,000 bagi setiap kesalahan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga sedang menjalankan siasatan terhadap kemungkinan terdapat unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaksanaan projek Aerotrain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APAD
#MAHB
#SPRM
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan