KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memulakan proses transformasi yang melibatkan penyampaian perkhidmatan dan infrastruktur untuk rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mahmood berkata langkah itu penting untuk membawa lapangan terbangnya terutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali ke kedudukan teratas di peringkat global.
"Beberapa penambahbaikan operasi untuk mencapai penyampaian perkhidmatan yang ditambah baik sedang dilaksanakan iaitu penambahbaikan suasana persekitaran, daftar masuk layan diri dan prosedur pengurusan bagasi dan penyelesaian digital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MAHB berkata kumpulan itu menyedari kepentingan sumbangan secara langsung daripada infrastruktur dan perkhidmatan lapangan terbang terhadap ekonomi negara terutamanya melalui pelancongan dan perdagangan antarabangsa.
Pengendali lapangan terbang itu akan melancarkan inisiatif tersebut secara berperingkat untuk memenuhi keperluan pengembara, katanya.
Selain itu, MAHB telah mengumumkan momentum pemulihan yang menggalakkan dalam pergerakan penumpangnya di rangkaian lapangan terbangnya terutamanya KLIA sebagai pintu masuk utama.
"Bagi suku pertama 2023, pergerakan penumpang domestik telah mencapai 81.2 peratus daripada paras 2019 manakala pergerakan penumpang antarabangsa berada pada 78.4 peratus pada 2019.
"MAHB menjangkakan momentum positif akan berterusan pada 2023 dan 2024," katanya.
Pengendali lapangan terbang itu juga telah mengumumkan program penggantian aset kritikal yang sudah berusia, ia harus dilakukan bagi meningkatkan trafik penumpang, antara aset itu ialah Aerotrain KLIA dan sistem pengendalian bagasi, dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Dalam meningkatkan industri pelancongan negara, MAHB berkata China telah terbukti menjadi pasaran yang kukuh untuk inisiatif pelancongan Malaysia untuk beberapa tahun sebelum pandemik COVID-19.
"Kami memberi tumpuan kepada pasaran ini untuk memanfaatkan potensi dan mengembangkannya lagi. Bagaimanapun, kita perlu ada strategi dan bijak untuk pasaran China kerana setiap negara di rantau ini turut menumpukan pasaran tersebut," katanya.
Iskandar berkata kumpulan itu telah mengambil langkah untuk mengenal pasti inisiatif berpotensi dengan teliti seperti aplikasi super digital dengan pangkalan pelanggan melebihi satu bilion pengguna untuk memaksimumkan impak.
"MAHB teruja dengan inisiatif transformasi ini dan komited untuk menjadikan lapangan terbang relevan dan ia memainkan peranan penting dalam menyumbang pertumbuhan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Iskandar berkata langkah itu penting untuk membawa lapangan terbangnya terutamanya KLIA kembali ke kedudukan teratas di peringkat global. - Gambar fail/Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.