NATIONAL
Mahdzir yakin buku teks Sejarah Tahun 6 sedia sebelum sesi persekolahan bermula

Mahdzir yakin buku teks sejarah sedia dicetak menjelang Januari 2016 - Gambar Fail
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin buku teks Sejarah Tahun 6 yang dicetak semula akan sedia untuk diedarkan menjelang sesi persekolahan bermula.
Tegasnya, itu menjadi tanggungjawab syarikat tersebut memandangkan kesalahan tersebut mampu mengelirukan pelajar.
"Buku itu ada kesilapan dari segi peletakan peta. Jadi, kita buat keputusan kerana ada kesilapan, kita minta penerbit cetak semula. InsyaAllah, ia akan sempat dicetak mungkin dalam minggu pertama atau kedua Januari," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan kesemua buku teks Sejarah tahun 6 ditarik balik ekoran kesalahan maklumat mengenai kedudukan negeri Melaka dalam peta Semenanjung yang dicetak pada buku itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami