Mahkamah Tinggi memerintahkan pengendali blog 'Papa Gomo' atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.
Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 dan ganti rugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.
Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.
"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.
Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.
"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.
Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.
Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam. Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.
"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.
Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan yang bermaharajalela di alam siber, bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.
Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.
"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.
Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.
"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.
Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Dis 2011.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.
Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Jasbeer Singh.
Bernama
Fri Sep 13 2013


10 Berita Pilihan - (08 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Ogos 2022.

Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2021 mampu jimat kos, hukuman lebih adil
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.

ASEAN55: Dasar tidak campur tangan perlu lihat keadaan semasa
Timbalan KSU (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Negeri, Datuk Cheong Loon Lai melihat dasar tidak campur tangan ASEAN perlu diolah mengikut situasi terkini di rantau ini.

ASEAN55: Perkongsian kelebihan & kekurangan rapatkan jurang antara negara anggota
Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA, Muhammad Fauzie Ismail melihat ASEAN berada di landasan betul dalam usaha kemanusiaan.

ASEAN55: Perlu ada keberanian untuk kaji semula dasar-dasar tertentu
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berpendapat ASEAN perlu melihat semula kedudukan mereka menuju matlamat asal penubuhannya.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

Jangan gentar dengan ribut dan badai, kata PM Lee sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-57
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya agar sentiasa kekal bersatu dan teguh.

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul
Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

PH Kedah buat laporan polis terhadap Abdul Hadi
Ismail berkata, sebagai seorang pemimpin bertaraf ulama dalam parti, beliau tidak seharusnya melemparkan kenyataan yang berunsurkan fitnah semata-mata mahu memancing undi.

Jamal mahu fail notis rayuan kes saman fitnah Teresa
Jamal berkata, beliau akan memfailkan notis rayuan selepas mendapat nasihat peguam baharu yang dilantiknya.

Ismail Sabri peroleh perintah injunksi padamkan artikel memfitnah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya pemilik Agenda Daily Media Enterprise memadamkan artikel didakwa memfitnah perdana menteri.

Selepas digertak dengan notis saman, individu fitnah Puteri Sarah tampil mohon maaf
Pelakon Puteri Sarah sudah menerima permohonan maaf terbuka daripada individu yang menabur fitnah berkenaan dirinya di media sosial baru-baru ini.

Kes saman Dr Zakir Naik terhadap Kulasegaran selesai secara baik
Kes saman fitnah yang difailkan pendakwah bebas Dr Zakir Naik terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran selesai secara baik tanpa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Khairy tarik balik rayuan saman fitnah Anwar
Khairy Jamaluddin menarik balik rayuannya terhadap keputusan mahkamah bahawa beliau bertanggungjawab memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral yan

Tuduhan bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas, fitnah - KPWKM
KPWKM memaklumkan, segala tindakan yang diambil oleh JKM sejak Julai 2021 ke atas pusat itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.

Keputusan kes saman fitnah Teresa Kok terhadap Jamal diketahui 26 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 26 Julai depan bagi menentukan keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Google diarah bayar lebih RM2.3 juta berhubung kes fitnah
Barilaro mengenakan tindakan saman terhadap Google kerana gagal menurunkan dua video yang diterbitkan sekitar 2020.

'Lebih baik tikam saja saya daripada fitnah sebegini' - Jasmin Hamid
Jasmin mohon netizen henti fitnah terhadap suaminya.