MALAYSIA
Mahkamah beku aset luar negara Na'imah bernilai 132 juta pound

Pembekuan aset dilakukan bagi siasatan berkaitan pengubahan wang haram dan hasil daripada aktiviti haram. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan aset bernilai 132 juta pound (RM759.142 juta) di London, United Kingdom yang didakwa dimiliki isteri kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan keluarganya.
Ringkasan AI
- Pembekuan aset di London: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan aset bernilai RM759.142 juta yang didakwa dimiliki oleh isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarganya.
- Siasatan di bawah AMLATFPUAA 2001: Pembekuan aset dilakukan bagi siasatan berkaitan pengubahan wang haram dan hasil daripada aktiviti haram berdasarkan maklumat baharu yang diterima.
- Pemilikan aset tidak diisytiharkan: SPRM membuka lapan kertas siasatan selepas maklumat terkini menunjukkan pemilikan aset oleh Daim dan sekutunya tidak didedahkan semasa siasatan tahun 2023.
Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara tersebut.
Pada 22 Mei, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar, berkaitan harta pemilikan Daim serta keluarga dan proksi.
Azam berkata maklumat terbaharu menunjukkan pemilikan aset Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada 2023.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami