KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, dibicarakan bersama.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan demikian selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry, dan ia tidak dibantah oleh peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Adam Radlan pada sebutan kes hari ini.
"Lima pertuduhan rasuah dibenarkan untuk dibicarakan bersama. Tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan dan saya menetapkan tarikh sebutan kes pada 16 Feb ini untuk serahan dokumen berkaitan," kata Suzana.
Terdahulu, Mohd Fadhly berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 61 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan ditetapkan sebelum perbicaraan bermula untuk pihaknya mengemas kini senarai saksi sebelum diserahkan kepada mahkamah bagi tujuan perbicaraan.
"Bagi tujuh pertuduhan pengubahan haram dihadapi tertuduh, pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pihak pembelaan.
"Saya dimaklumkan oleh pihak pembelaan bahawa mereka ingin meneliti dahulu dokumen itu sebelum memaklumkan kepada pihak kami sama ada terdapat bantahan atau tidak jika kami membuat permohonan supaya kes pengubahan wang haram dibicarakan bersama dengan kes rasuah," katanya.
Pada 14 Sept tahun lepas, mahkamah sama menetapkan 15 hari bermula Mei ini untuk perbicaraan tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi ahli perniagaan itu iaitu pada 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun, 9 hingga 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.
Dia turut didakwa satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 Nov 2021.
Pada 28 Feb tahun lepas, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan (tengah), dibicarakan bersama. - Gambar fail/Bernama
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Mahkamah benar lima pertuduhan rasuah Adam Radlan dibicara bersama
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan, dibicarakan bersama.
Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.
Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
Mohd Khairul Azam berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.
Kes Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa lagi
Adam Radlan didakwa atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.
Jana Wibawa: Adam Radlan mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.