MALAYSIA
Mahkamah benar sebahagian pernyataan saksi kes rasuah Lim Guan Eng dipadam
Lim didakwa menerima suapan dan melupuskan tanah milik kerajaan Pulau Pinang dalam kes projek terowong. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan sebahagian ayat dalam beberapa perenggan pernyataan saksi pegawai penyiasat kes rasuah projek terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dipadamkan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Azura Alwi berkata ia membabitkan ayat dalam lapan daripada 23 perenggan pernyataan saksi pendakwaan ke-38 (SP38) iaitu Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli yang dimohon oleh Lim.
"Mahkamah telah mendengar, meneliti dan menimbang segala hujahan serta otoriti yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak... mahkamah berpuas hati dan memutuskan hanya sebahagian ayat daripada pernyataan saksi terbabit dipadam," katanya.
Beliau berkata ayat yang dipadam membabitkan perenggan empat iaitu "dan mendapati kenyataan keterangan Datuk Zarul bukanlah suatu rekaan semata-mata", perenggan enam (dan ini lebih berbentuk land scam), perenggan 44 (wayang), perenggan 57 (secara salah), perenggan 74 (alat dalam agenda orang kena tuduh (OKT) ).
"Selain itu, perenggan 79 (jelas tidak masuk akal), perenggan 85 (urus niaga ini tidak masuk akal) dan perenggan 104 (sekiranya OKT adalah seorang yang telus, OKT seharusnya mengisytiharkan BUCG tidak layak untuk memasuki tender kerana BUCG mempunyai kelebihan maklumat berbanding petender-petender lain), manakala perenggan selebihnya dikekalkan," katanya.
Pada 30 Okt lepas, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah bahawa bantahan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan terhadap 23 perenggan dalam pernyataan saksi pegawai penyiasat kes berkenaan adalah pramatang.
Peguam Ramkarpal Singh mewakili Lim pula mendakwa SP38, yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu, telah memberikan keterangan bersifat berat sebelah terhadap ahli politik berkenaan.
Selepas mahkamah menyampaikan keputusan itu, perbicaraan kes tersebut diteruskan dengan pihak pendakwaan bertanyakan soalan tambahan kepada SP38.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi, Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Hakim membenarkan pemadamkan sebahagian ayat dalam pernyataan saksi kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
- Ayat yang dipadamkan termasuk kenyataan berat sebelah dan perenggan yang tidak masuk akal.
- Lim didakwa menerima suapan dan melupuskan tanah milik kerajaan Pulau Pinang dalam kes projek terowong, dengan perbicaraan diteruskan esok.
Hakim Azura Alwi berkata ia membabitkan ayat dalam lapan daripada 23 perenggan pernyataan saksi pendakwaan ke-38 (SP38) iaitu Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli yang dimohon oleh Lim.
"Mahkamah telah mendengar, meneliti dan menimbang segala hujahan serta otoriti yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak... mahkamah berpuas hati dan memutuskan hanya sebahagian ayat daripada pernyataan saksi terbabit dipadam," katanya.
Beliau berkata ayat yang dipadam membabitkan perenggan empat iaitu "dan mendapati kenyataan keterangan Datuk Zarul bukanlah suatu rekaan semata-mata", perenggan enam (dan ini lebih berbentuk land scam), perenggan 44 (wayang), perenggan 57 (secara salah), perenggan 74 (alat dalam agenda orang kena tuduh (OKT) ).
"Selain itu, perenggan 79 (jelas tidak masuk akal), perenggan 85 (urus niaga ini tidak masuk akal) dan perenggan 104 (sekiranya OKT adalah seorang yang telus, OKT seharusnya mengisytiharkan BUCG tidak layak untuk memasuki tender kerana BUCG mempunyai kelebihan maklumat berbanding petender-petender lain), manakala perenggan selebihnya dikekalkan," katanya.
Pada 30 Okt lepas, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah bahawa bantahan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan terhadap 23 perenggan dalam pernyataan saksi pegawai penyiasat kes berkenaan adalah pramatang.
Peguam Ramkarpal Singh mewakili Lim pula mendakwa SP38, yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu, telah memberikan keterangan bersifat berat sebelah terhadap ahli politik berkenaan.
Selepas mahkamah menyampaikan keputusan itu, perbicaraan kes tersebut diteruskan dengan pihak pendakwaan bertanyakan soalan tambahan kepada SP38.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi, Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen berkenaan permohonan pembenahan pernyataan saksi pendakwaan dalam kes rasuah projek terowong dasar laut?
A: Mahkamah Sesyen membenarkan pemadamkan sebahagian ayat dalam lapan daripada 23 perenggan pernyataan saksi pendakwaan ke-38 yang dimohon oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. - Q: Apakah perenggan-perenggan yang dipadamkan dalam pernyataan saksi pendakwaan tersebut?
A: Ayat yang dipadam melibatkan perenggan empat, enam, 44, 57, 74, 79, 85, dan 104; manakala perenggan lain dikekalkan. - Q: Apakah kesalahan yang didakwa kepada Lim Guan Eng dalam kes tersebut?
A: Lim Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima suapan dan meminta upah daripada projek pembinaan jalan dan terowong di Pulau Pinang. - Q: Siapakah individu yang memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam kes ini?
A: Saksi pendakwaan yang dipermasalahkan ialah Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli. - Q: Apakah tindakan yang diambil selepas keputusan pembenahan pernyataan saksi pendakwaan itu dibuat?
A: Perbicaraan kes tersebut diteruskan dengan pihak pendakwaan bertanyakan soalan tambahan kepada saksi pendakwaan yang dipermasalahkan.