MALAYSIA
Mahkamah Bumiputera Sarawak catat 303 kes pertikaian tanah libatkan tuntutan RM19.2 juta
Jefferson berkata Bahagian Limbang mencatatkan kes dan tuntutan pampasan tertinggi, iaitu 80 kes melibatkan nilai pampasan RM9.3 juta. - Gambar UKAS
KUCHING: Sebanyak 303 kes melibatkan pertikaian dan tuntutan pampasan pengambilan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dengan nilai keseluruhan tuntutan RM19.2 juta telah didaftarkan di Mahkamah Bumiputera Sarawak setakat tahun ini.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata Bahagian Limbang mencatatkan kes dan tuntutan pampasan tertinggi, iaitu 80 kes melibatkan nilai pampasan RM9.3 juta.
"Jumlah kes dan nilai pampasan di Bahagian Sri Aman pula sebanyak 63 kes bernilai RM1.2 juta, manakala Bintulu merekodkan 30 kes bernilai RM2.8 juta," katanya ketika menjawab soalan John Ilus (GPS-Bukit Semuja) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Beliau berkata Kapit mencatatkan 28 kes dengan tuntutan bernilai RM3 juta; Mukah 28 kes dengan tuntutan RM718,000, Betong 24 kes dengan tuntutan RM424,000; Sibu 17 kes dengan RM581,000 nilai tuntutan; Kuching 11 kes dengan tuntutan RM423,000; dan Miri 11 kes dengan tuntutan RM217,000.
Sarikei pula merekodkan sembilan kes bernilai RM69,000 manakala Serian dan Samarahan masing-masing satu kes dengan pampasan RM230,000 dan RM153,000.
Daripada keseluruhan jumlah itu, Jefferson berkata sebanyak 157 kes dengan jumlah pampasan bernilai RM12.47 juta telah dibayar dengan Bahagian Limbang merekodkan jumlah penyelesaian tertinggi dengan sebanyak RM8 juta nilai pampasan dibayar untuk penyelesaian 43 kes.
Ini diikuti Bintulu dengan RM1.8 juta untuk 21 kes, manakala Kapit merekodkan RM1 juta daripada 10 kes yang telah diselesaikan.
Sebanyak RM450,000 pampasan dibayar untuk penyelesaian 12 kes di Sibu, sementara Sri Aman mencatatkan pampasan RM234,000 untuk 18 kes dan Betong menyelesaikan 21 kes dengan jumlah pampasan RM226,000.
Seterusnya, Mukah merekodkan pampasan berjumlah RM124,000 untuk 12 kes, manakala Kuching menyelesaikan tujuh kes dengan pampasan RM365,000, dan Miri melunaskan RM67,000 bagi empat kes.
Bahagian Sarikei mencatatkan lapan kes bernilai RM46,000, manakala Samarahan menyelesaikan satu kes dengan pampasan RM153,000.
"Tunggakan kes pampasan tanah yang masih belum diselesaikan adalah sebanyak 146 kes, melibatkan jumlah nilai pampasan dianggarkan RM6.7 juta.
"Jumlah ini merangkumi kes-kes yang masih dalam proses semakan dokumen penilaian verifikasi maklumat pemilikan tanah serta urusan pentadbiran antara agensi-agensi berkaitan sebelum dapat diselesaikan sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 303 kes tuntutan pampasan pengambilan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) didaftarkan di Mahkamah Bumiputera Sarawak, dengan nilai keseluruhan RM19.2 juta.
- Bahagian Limbang mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 80 kes dengan nilai pampasan RM9.3 juta, diikuti oleh Bahagian Sri Aman (63 kes, RM1.2 juta) dan Bintulu (30 kes, RM2.8 juta).
- Daripada jumlah itu, 157 kes dengan pampasan RM12.47 juta telah dibayar, dengan Bahagian Limbang mencatatkan jumlah penyelesaian tertinggi, diikuti oleh Bintulu dan Kapit.