KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta yang dijatuhi ke atas bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Mohd Arif Ab Rahman kerana bersubahat menerima rasuah berjumlah SGD$200,000 (RM627,636) berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sandakan, Sabah, pada 2016.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Arif, 64, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 November 2018.
Aslam turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM9.6 juta yang dikenakan terhadap anak Mohd Arif, Ahmad Zukhairi, 39, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen sama atas dua pertuduhan meminta dan dua tuduhan menerima suapan wang tunai pada 2016.
Dalam penghakiman ringkasnya, Aslam berkata, Mahkamah Sesyen yang mengendalikan perbicaraan terhadap Mohd Arif tidak terkhilaf dalam membuat keputusan mengenai persubahatan.
"Mahkamah Sesyen juga telah membuat keputusan yang tepat mengenai elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi kesalahan meminta dan menerima suapan terhadap Ahmad Zukhairi.
"Dengan ini, saya menolak rayuan terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalkan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen," katanya.
Terdahulu, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah penangguhan hukuman denda atas alasan ia akan membuka laluan kepada kes-kes lain di masa akan datang untuk memohon penangguhan bayaran denda, sekiranya denda tidak dapat dibayar.
"Pihak kami faham sekiranya mereka ingin menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana sekiranya mereka berjaya di peringkat rayuan, hukuman penjara walaupun sehari tidak dapat diganti.
"Namun, sekiranya kedua-dua tertuduh berjaya di peringkat Mahkamah Rayuan, jumlah denda yang dikenakan akan dibayar semula kepada mereka," katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM500,000 kepada RM800,000, bagi setiap seorang.
Mohd Arif didakwa telah bersubahat dengan anak sulungnya itu untuk menerima suapan tersebut daripada pengarah syarikat, Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh berhubung projek BELB di Sandakan, Sabah.
Perbuatan itu sebagai upah untuk mereka kerana memberi projek BELB Sistem Solar Hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Royal Lake Club, Jalan Cenderamulia, di sini pada 4 petang hingga 7 malam, 23 Ogos 2016, mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Selain itu Ahmad Zukhairi juga didakwa meminta daripada Mohd Safian Mohd Salleh suapan dua peratus dari nilai projek sebagai dorongan untuk dirinya dan ayahnya melakukan transaksi untuk membantu syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd mendapatkan projek bekalan elektrik luar bandar sistem Solar hibrid di enam buah pulau di daerah terpencil Sandakan, Sabah, secara rundingan terus reka dan bina di bawah projek KKLW bernilai RM60 juta.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Ahli perniagaan itu juga didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM120,000 daripada Zul Fadli Rozi, sebagai upah bagi dirinya melakukan transaksi iaitu membantu Syarikat HH Global Construction Sdn Bhd mendapatkan projek cadangan membina dan menyiapkan dataran rekreasi tiga aras dan kerja-kerja berkaitan di Persiaran Tasik Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Dia melakukan perbuatan itu di Permai Golf & Country Club, Danau Permai Resort Bhd, No 1 Jalan 31/100A, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam, Selangor dan di Garden Course Glenmarie Golf & Country Club, No 3 Jalan Usahawan U1/8, Shah Alam, Selangor, antara Ogos dan September 2016, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta serupa.
Bernama
Tue Mar 23 2021
Pesuruhjaya Kehakiman membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Arif (kiri) terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 November 2018. - Gambar/ Bernama
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
Mahkamah kekal hukuman penjara, denda bekas KSU KKLW subahat terima rasuah
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Arif, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 November 2018.