MALAYSIA
Mahkamah perintah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000
Mahkamah memerintahkan ganti rugi RM550,000 kepada Farhash Wafa Salvador selepas membenarkan tuntutan saman fitnahnya terhadap aktivis Badrul Hisham (foto) dan pempengaruh Nurpais Ismail. -Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan ganti rugi sebanyak RM550,000 kepada ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas membenarkan tuntutan saman fitnahnya terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin dan pempengaruh Nurpais Ismail.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membenarkan ganti rugi sebanyak RM300,000 sebagai ganti rugi am, RM150,000 (ganti rugi teruk), dan RM100,000 (ganti rugi teladan), selain kedua-dua defendan diperintahkan membayar kos RM40,000 kepada plaintif.
Arziah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati kenyataan berkenaan bersifat fitnah terhadap plaintif dan maksud fitnah itu adalah serius, merosakkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata naratif oleh defendan pertama (Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard) menggambarkan plaintif sebagai individu yang memanipulasi proses politik demi kepentingan peribadi, serta melambangkan rasuah dan ego dalam politik.
"Serangan terhadap plaintif bertujuan menggambarkannya sebagai tidak jujur, tidak beretika dan tidak layak memegang jawatan yang diamanahkan.
"Tuduhan ini jelas menjejaskan reputasi dan kedudukan plaintif dalam masyarakat, mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan dan kecaman, serta merosakkan reputasi perniagaan, profesional dan peribadinya.
"Kenyataan itu menuduh plaintif melakukan rasuah, kronisme, manipulasi proses demokrasi dan menyalahgunakan kuasa, yang merupakan antara tuduhan paling serius terhadap seorang tokoh awam dalam mana-mana masyarakat," katanya.
Arziah berkata kenyataan fitnah itu jelas dan secara khusus merujuk kepada plaintif memandangkan defendan pertama menyebut namanya beberapa kali sepanjang temu bual menggunakan nama yang dikenali ramai, iaitu Farhash.
"Defendan pertama juga menyebut secara spesifik butiran pengenalan, termasuk peranan plaintif sebagai setiausaha politik dan sebagai bekas ketua PKR Perak.
"Kenyataan itu juga merujuk kepada dakwaan penglibatan plaintif dalam pemilihan dalaman parti PKR dan pertikaian dengan rakan profesional," katanya.
Arziah berkata defendan pertama membuat kenyataan fitnah itu semasa temu bual yang dirakam dan menyedari bahawa ia akan disiarkan kepada khalayak, manakala peranan defendan kedua dalam penerbitan adalah sebagai pengendali platform dan individu yang menjalankan temu bual.
Dalam temu bual itu, defendan kedua (Nurpais) didapati secara aktif mengemukakan soalan yang direka untuk mendapatkan respons fitnah, dan soalan yang dikemukakan mendorong serta mempermudah kenyataan fitnah defendan pertama.
"Defendan kedua kemudian memburukkan keadaan dengan menambah tajuk sensasi untuk memaksimumkan ketegangan dan tontonan, sekali gus menambahkan lagi kesan buruk hasil daripada penerbitan berkenaan. Motif defendan kedua dalam penerbitan ini adalah untuk keuntungan komersial.
"Beliau dengan sengaja mengeksploitasi reputasi plaintif dan sifat tuduhan untuk kepentingan komersial tanpa menghiraukan kemudaratan yang dialami plaintif.
"Walaupun menerima surat tuntutan daripada plaintif pada 12 Mei 2025, tiada langkah diambil oleh mana-mana defendan untuk memadam video atau mengurangkan kemudaratan.
"Walaupun selepas pemberitahuan dibuat, penerbitan masih diteruskan dan ini menunjukkan tindakan sengaja untuk meneruskan fitnah.
Penerbitan itu jelas membuktikan, defendan pertama sebagai punca kenyataan fitnah dan defendan kedua sebagai penerbit yang menyebarkan kenyataan itu kepada khalayak melalui platform YouTube.
Arziah berkata kenyataan fitnah itu amat memudaratkan reputasi plaintif dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk peribadi, politik, profesional, dan komersial.
"Kesan buruk terhadap reputasi plaintif berterusan dan berpotensi kekal dalam era digital. Kandungan dalam talian wujud tanpa had dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja yang mencari nama plaintif.
"Rakan kongsi perniagaan, pelabur dan kenalan mungkin menemukan bahan fitnah itu dan membuat tanggapan negatif terhadap plaintif tanpa menyedari bahawa tuduhan itu tidak benar dan tanpa bukti yang kukuh.
"Ini mencetuskan keraguan berterusan terhadap reputasi plaintif yang mungkin menjejaskan kehidupan peribadi dan profesionalnya.
"Oleh itu, saya mendapati kenyataan fitnah itu telah menyebabkan mudarat yang melampau dan berterusan terhadap reputasi plaintif dalam semua aspek kehidupannya," kata beliau.
Semasa prosiding hari ini, peguam Nurin Husnina Hussein mewakili Farhash.
Farhash memfailkan tuntutan terhadap defendan pada 26 Mei 2025, namun tiada defendan yang hadir ke mahkamah atau memfailkan penyataan pembelaan, dan Farhash satu-satunya saksi yang memberikan keterangan pada perbicaraan pada 12 Jan tahun ini.
Plaintif memfailkan tuntutan itu atas dakwaan bahawa defendan pertama telah membuat dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya semasa temu bual yang dijalankan oleh defendan kedua pada 7 Mei 2025, yang dimuat naik ke akaun YouTube defendan kedua.
Kenyataan fitnah itu, antara lain, menyiratkan bahawa plaintif menggunakan kedudukannya untuk mengawal dan memanipulasi syarikat-syarikat besar.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi memerintahkan ganti rugi RM550,000 kepada Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berikutan tuntutan saman fitnahnya terhadap Badrul Hisham dan Nurpais Ismail.
- Pesuruhjaya Kehakiman menyatakan kenyataan fitnah itu serius, merosakkan reputasi plaintif, dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Defendan pertama menggambarkan plaintif sebagai individu tidak jujur, melambangkan rasuah dalam politik, sementara defendan kedua memainkan peranan dalam menyebarkan kenyataan fitnah itu melalui platform YouTube.
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membenarkan ganti rugi sebanyak RM300,000 sebagai ganti rugi am, RM150,000 (ganti rugi teruk), dan RM100,000 (ganti rugi teladan), selain kedua-dua defendan diperintahkan membayar kos RM40,000 kepada plaintif.
Arziah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati kenyataan berkenaan bersifat fitnah terhadap plaintif dan maksud fitnah itu adalah serius, merosakkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata naratif oleh defendan pertama (Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard) menggambarkan plaintif sebagai individu yang memanipulasi proses politik demi kepentingan peribadi, serta melambangkan rasuah dan ego dalam politik.
"Serangan terhadap plaintif bertujuan menggambarkannya sebagai tidak jujur, tidak beretika dan tidak layak memegang jawatan yang diamanahkan.
"Tuduhan ini jelas menjejaskan reputasi dan kedudukan plaintif dalam masyarakat, mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan dan kecaman, serta merosakkan reputasi perniagaan, profesional dan peribadinya.
"Kenyataan itu menuduh plaintif melakukan rasuah, kronisme, manipulasi proses demokrasi dan menyalahgunakan kuasa, yang merupakan antara tuduhan paling serius terhadap seorang tokoh awam dalam mana-mana masyarakat," katanya.
Arziah berkata kenyataan fitnah itu jelas dan secara khusus merujuk kepada plaintif memandangkan defendan pertama menyebut namanya beberapa kali sepanjang temu bual menggunakan nama yang dikenali ramai, iaitu Farhash.
"Defendan pertama juga menyebut secara spesifik butiran pengenalan, termasuk peranan plaintif sebagai setiausaha politik dan sebagai bekas ketua PKR Perak.
"Kenyataan itu juga merujuk kepada dakwaan penglibatan plaintif dalam pemilihan dalaman parti PKR dan pertikaian dengan rakan profesional," katanya.
Arziah berkata defendan pertama membuat kenyataan fitnah itu semasa temu bual yang dirakam dan menyedari bahawa ia akan disiarkan kepada khalayak, manakala peranan defendan kedua dalam penerbitan adalah sebagai pengendali platform dan individu yang menjalankan temu bual.
Dalam temu bual itu, defendan kedua (Nurpais) didapati secara aktif mengemukakan soalan yang direka untuk mendapatkan respons fitnah, dan soalan yang dikemukakan mendorong serta mempermudah kenyataan fitnah defendan pertama.
"Defendan kedua kemudian memburukkan keadaan dengan menambah tajuk sensasi untuk memaksimumkan ketegangan dan tontonan, sekali gus menambahkan lagi kesan buruk hasil daripada penerbitan berkenaan. Motif defendan kedua dalam penerbitan ini adalah untuk keuntungan komersial.
"Beliau dengan sengaja mengeksploitasi reputasi plaintif dan sifat tuduhan untuk kepentingan komersial tanpa menghiraukan kemudaratan yang dialami plaintif.
"Walaupun menerima surat tuntutan daripada plaintif pada 12 Mei 2025, tiada langkah diambil oleh mana-mana defendan untuk memadam video atau mengurangkan kemudaratan.
"Walaupun selepas pemberitahuan dibuat, penerbitan masih diteruskan dan ini menunjukkan tindakan sengaja untuk meneruskan fitnah.
Penerbitan itu jelas membuktikan, defendan pertama sebagai punca kenyataan fitnah dan defendan kedua sebagai penerbit yang menyebarkan kenyataan itu kepada khalayak melalui platform YouTube.
Arziah berkata kenyataan fitnah itu amat memudaratkan reputasi plaintif dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk peribadi, politik, profesional, dan komersial.
"Kesan buruk terhadap reputasi plaintif berterusan dan berpotensi kekal dalam era digital. Kandungan dalam talian wujud tanpa had dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja yang mencari nama plaintif.
"Rakan kongsi perniagaan, pelabur dan kenalan mungkin menemukan bahan fitnah itu dan membuat tanggapan negatif terhadap plaintif tanpa menyedari bahawa tuduhan itu tidak benar dan tanpa bukti yang kukuh.
"Ini mencetuskan keraguan berterusan terhadap reputasi plaintif yang mungkin menjejaskan kehidupan peribadi dan profesionalnya.
"Oleh itu, saya mendapati kenyataan fitnah itu telah menyebabkan mudarat yang melampau dan berterusan terhadap reputasi plaintif dalam semua aspek kehidupannya," kata beliau.
Semasa prosiding hari ini, peguam Nurin Husnina Hussein mewakili Farhash.
Farhash memfailkan tuntutan terhadap defendan pada 26 Mei 2025, namun tiada defendan yang hadir ke mahkamah atau memfailkan penyataan pembelaan, dan Farhash satu-satunya saksi yang memberikan keterangan pada perbicaraan pada 12 Jan tahun ini.
Plaintif memfailkan tuntutan itu atas dakwaan bahawa defendan pertama telah membuat dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya semasa temu bual yang dijalankan oleh defendan kedua pada 7 Mei 2025, yang dimuat naik ke akaun YouTube defendan kedua.
Kenyataan fitnah itu, antara lain, menyiratkan bahawa plaintif menggunakan kedudukannya untuk mengawal dan memanipulasi syarikat-syarikat besar.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jumlah ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak?
A: Mahkamah Tinggi memerintahkan ganti rugi sebanyak RM550,000 kepada Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. - Q: Apakah kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak oleh defendan pertama?
A: Defendan pertama menggambarkan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebagai individu yang memanipulasi proses politik demi kepentingan peribadi, serta melambangkan rasuah dan ego dalam politik. - Q: Apakah kesan kenyataan fitnah tersebut terhadap reputasi Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak?
A: Kenyataan fitnah tersebut menyebabkan reputasi Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terjejas dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk peribadi, politik, profesional, dan komersial.