awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
MALAYSIA
Subahat daftar pekerja asing: Lima individu termasuk tiga pengawai penguat kuasa ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mahkamah perintah tanah daripada Tun M, tiga lagi dipindah milik kepada UMNO

Bernama
Bernama
24/06/2025
09:41 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah perintah tanah daripada Tun M, tiga lagi dipindah milik kepada UMNO
Pemilikan tanah itu didaftarkan atas nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid sebagai pemegang amanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan agar sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota dipindah milik kepada UMNO.
Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili UMNO, memaklumkan bahawa parti itu dan responden (Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) telah bersetuju menyelesaikan kes tersebut menerusi penghakiman persetujuan.
"Oleh itu, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak dan (perletakkan hak tanah tersebut) dalam tempoh 30 hari," katanya pada prosiding yang turut dihadiri seorang lagi peguam UMNO iaitu Norhazira Abu Haiyan.
Berdasarkan draf perintah persetujuan yang diperoleh media, pemilikan tanah itu didaftarkan atas nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid sebagai pemegang amanah, diletak hak dan didaftarkan atas nama UMNO dengan semua hak, kepentingan serta milikan ke atasnya selaras dengan peruntukan Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966.
Pada 6 Mac lepas, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan memfailkan saman pemula bagi memohon perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftar atas nama empat pemegang amanah berkenaan dipindahkan kepada UMNO mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.
Selain itu, UMNO memohon Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan atau Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan melaksanakan perintah tersebut dengan membuat memorial di dalam dokumen hak milik.
Menerusi afidavit sokongan, Mohd Sumali berkata berdasarkan Borang Jadual 17, permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Okt 2015 bagi hartanah itu yang disertakan dengan Surat Akuan bertarikh 22 Okt 2015 disahkan dan ditandatangani oleh keempat-empat pemimpin.
"Dua pemegang amanah telah meninggal dunia iaitu Sanusi pada 9 Mac 2018 dan Daim pada 13 Nov 2024. Kematian Daim telah diketahui umum berikutan penyebaran berita tersebut di pelbagai platform sama ada luar talian mahupun dalam talian termasuk media sosial, portal berita, surat khabar, radio dan televisyen," katanya.
Beliau berkata pemegang jawatan UMNO yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO telah bersetuju melalui Surat Akuan bertarikh 10 Dis 2015 untuk mendaftar semula hartanah tersebut daripada pemegang-pemegang amanah terdahulu kepada parti itu.
Mohd Sumali berkata melalui surat bertarikh 28 Dis 2015 daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan untuk kebenaran pindah milik daripada pemegang amanah terbabit kepada UMNO.
"Bagaimanapun, ketika proses untuk pindah milik melalui Borang 14A bertarikh 25 April 2016 dilakukan dan diserahkan oleh peguam plaintif kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, permohonan Borang 14A tersebut telah ditolak pada 18 Mei 2017 atas alasan nama seperti di dalam geran hartanah adalah tidak sama seperti dalam kad pengenalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah
#Tun Mahathir Mohamad
#UMNO
#mahkamah
#pindah milik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami