SEJAK kebelakangan ini, negara seringkali dikejutkan dengan krisis-krisis perlembagaan. Daripada isu perletakkan jawatan secara mengejut oleh Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri pada tahun lalu, kepada isu keabsahan pengisytiharan darurat baru-baru ini, seolah-olah memperlihatkan bahawa negara kita memerlukan sebuah institusi khusus bagi menangani permasalahan-permasalahan berkaitan dengan perlembagaan. Namun persoalannya, adakah penubuhan Mahkamah Perlembagaan adalah sebuah keperluan ataupun sekadar kehendak?
Keunggulan Perlembagaan Persekutuan
Seperti kebanyakan negara-negara yang lain, Malaysia mempunyai sebuah perlembagaan bertulis yang dikanunkan. Memiliki sebuah perlembagaan bertulis bukanlah hanya bersifat kosmetik, malah memberi kesan yang amat besar kepada tafsiran perundangan. Hal ini kerana, secara perundangannya ia menjadikan bahawa perlembagaan tersebut adalah undang-undang tertinggi di dalam sesebuah negara. Didalam konteks negara kita pula, ia ditegaskan melalui Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, dimana apa-apa undang-undang yang tidak selaras dengan perlembagaan tersebut adalah dianggap sebagai tidak sah. Berturutan dengan itu, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai “unggul” (supreme), maka timbullah satu keperluan yang menuntut tafsiran samada sesebuah tindakan, atau undang-undang; bertentangan mahupun selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Dalam istilah perundangan, proses ini dipanggil sebagai Semakan Perlembagaan (Constitutional Review). Secara amnya, tanggungjawab untuk menafsir dan menyemak perlembagaan ini digalas oleh institusi kehakiman.
Memahami Peranan Mahkamah dalam menafsir dan melaksana Perlembagaan Persekutuan
Secara asasnya, Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan memberikan punca kuasa kepada institusi kehakiman di Malaysia. Bahagian yang sama juga mengiktiraf dua sistem mahkamah yang selari yang diamalkan di negara ini iaitu Mahkamah Syariah menerusi Perkara 121(1A) dan juga Mahkamah Sivil dibawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Sivil pula boleh dipisahkan kepada dua peringkat, iaitu mahkamah bawahan dan juga mahkamah atasan. Secara strukturnya, mahkamah bawahan terbahagi kepada dua, iaitu Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Manakala mahkamah atasan pula merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan juga Mahkamah Persekutuan. Secara ringkasnya, peranan dan bidangkuasa setiap mahkamah yang dinyatakan adalah berbeza. Dalam pada masa yang sama, sistem kehakiman di Malaysia dibantu dengan kewujudan tribunal-tribunal atau mahkamah-mahkamah khas bagi melicinkan pentadbiran kehakiman di negara ini, seperti mahkamah perusahaan, mahkamah tentera dan sebagainya. Namun yang demikian, sehingga kini Malaysia masih belum mempunyai sebuah mahkamah khusus yang ditugaskan secara khas untuk menyemak Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, peranan ini dipikul oleh kesemua mahkamah sivil yang sedia ada secara bersama tanpa mengira hieraki atau peringkat mahkamah tersebut. Walaupun begitu, keputusan muktamad bagi sesebuah tafsiran perlembagaan adalah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi dan juga mahkamah terakhir untuk membuat rayuan di Malaysia.
Mahkamah Perlembagaan
Konsep Mahkamah Perlembagaan merujuk kepada sebuah mahkamah khas yang hanya menjalankan fungsi semakan perlembagaan secara khusus. Alec Stone Sweet berpendapat bahawa Mahkamah Perlembagaan adalah “sebuah mahkamah yang ditubuhkan melalui perlembagaan, (ianya) sebuah badan bebas dimana matlamat utamanya adalah melindungi keunggulan perlembagaan didalam lingkup ketertiban kehakiman”. Oleh kerana peranannya yang eksklusif, maka mahkamah ini tidak menjalankan fungsi-fungsi yang lain seperti mengadili kes jenayah ataupun mendengar tindakan sivil. Begitu juga dengan mahkamah-mahkamah yang lain, dimana disebabkan kewujudan Mahkamah Perlembagaan, oleh itu mereka tidak dibenarkan untuk membuat semakan perlembagaan.
Menurut sejarah, konsep Mahkamah Perlembagaan ini dibangunkan oleh Hans Kelsen, seorang ahli falsafah perundangan Austria pada awal abad ke-20. Sehingga hari ini, terdapat 85 buah negara diseluruh dunia termasuklah Taiwan, Korea Selatan, Indonesia, Jerman dan Itali yang mempunyai sebuah badan kehakiman khusus seumpamanya. Apa yang menariknya, walaupun sejarah penubuhan Mahkamah Perlembagaan di negara-negara yang disebutkan diatas adalah berbeza, namun ia mempunyai ciri-ciri asas penubuhan dan matlamat yang sama. Menurut pemerhatian penulis, Mahkamah Perlembagaan pada kebiasaanya ditubuhkan sebagai salah satu tindakan Reformasi Perlembagaan secara drastik, yang kebanyakannya bertujuan untuk memperkasakan perlindungan terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. Sebagai contoh, Mahkamah Perlembagaan di Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada pakej pemulihan demokrasi pada 1987, setelah sebegitu lama dibelenggu pemerintahan bersifat autotarian ketenteraan. Manakala Mahkamah Konstitusi di Indonesia pula ditubuhkan sebagai sebahagian daripada pakej pindaan perlembagaan secara besar-besaran pada tahun 1999, 2000, 2001, dan 2002, bagi menguatkan amalan demokrasi di negara tersebut setelah berakhirnya era pemerintahan “Orde Baru” Presiden Suharto yang dilihat sebagai autokratik dan menekan. Dalam hal ini, Mahkamah Perlembagaan bukan sahaja berperanan sebagai sebuah badan penyemak perlembagaan, malah secara tidak langsung memberi satu bentuk legitimasi kepada sesebuah reformasi perlembagaan agar ianya lebih mudah diterima oleh masyarakat. Oleh itu tidaklah begitu keterlaluan jika dianggap bahawa Mahkamah Perlembagaan adalah tulang belakang utama disesebuah negara yang sedang mengalami pemulihan demokrasi.
Perlukah kita kepada Mahkamah Perlembagaan?
Penulis secara peribadi berpendapat bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk menubuhkan sebuah Mahkamah khas yang hanya membicarakan isu-isu perlembagaan di Malaysia buat ketika ini. Hal ini kerana penulis merasakan bahawa kerangka perundangan sedia ada masih lagi mampu untuk menyelesaikan isu-isu perlembagaan yang dihadapi. Tambahan pula, Malaysia bukanlah sedang mengalami suatu reformasi perlembagaan yang benar-benar menuntut sebuah mahkamah perlembagaan ditubuhkan. Namun yang demikian, penulis juga bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu meneruskan penubuhan sebuah mahkamah perlembagaan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, penulis mengingatkan bahawa ada beberapa isu-isu kritikal yang harus dipertimbangkan sebelum Mahkamah tersebut diwujudkan. Pertamanya hakim yang dilantik haruslah benar-benar bebas daripada segala pengaruh politik, dan tidak berkecenderungan untuk bersifat memihak. Hakim-hakim Mahkamah Perlembagaan haruslah terdiri daripada individu-individu yang bukan sahaja benar-benar pakar didalam undang-undang perlembagaan, malahan seseorang yang memahami secara mendalam tentang latarbelakang, sejarah dan budaya masyarakat tempatan. Dalam pada itu komposisi majlis hakim juga haruslah mencerminkan komposisi sosial masyarakat Malaysia. Ketelusan dalam proses perlantikan juga haruslah dititikberatkan. Keduanya bidangkuasa diantara Mahkamah Perlembagaan dan mahkamah-mahkamah yang sedia ada haruslah dinyatakan secara jelas bagi mengelakkan percanggahan dan pertindihan kuasa. Hal ini bagi mengelakkan sebarang konflik bidangkuasa timbul diantara kedua-dua mahkamah tersebut sepertimana yang seringkali berlaku terhadap Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Seterusnya, semua pihak haruslah melindungi Mahkamah Perlembagaan daripada dipolitikkan. Keputusan mahkamah haruslah dihormati dan diterima secara terbuka apatah lagi kebanyakan kes yang didengari di Mahkamah Perlembagaan adalah mesra politik. Kritikan-kritikan yang melampau terhadap Mahkamah Perlembagaan hanya akan merosakkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman yang sedia ada. Keempat, perhatian khusus haruslah diberikan kepada struktur asas pengasingan kuasa di Malaysia. Hal ini penting kerana pada kebiasaannya hanya terdapat 3 bahagian asas didalam demokrasi yang berperanan dalam melaksanakan doktrin semak dan imbang; iaitu Badan Kehakiman, Kerajaan (eksekutif) dan juga Legislatif. Persoalannya dimanakah tempat Mahkamah Perlembagaan didalam struktur sedia ada? Adakah ia akan menjadi sebahagian daripada cabang badan kehakiman, atau membina sebuah cabang yang baharu? Apakah peranannya didalam mengimbangi kuasa? Adakah ia akan mengganggu keharmonian perkongsian kuasa sedia ada?
Kesimpulan
Oleh itu penulis berpendapat bahawa, sekiranya ada usaha-usaha untuk mewujudkan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia, maka ianya haruslah dilakukan secara teliti dan berhati-hati. Hal ini kerana, penubuhan sebuah badan baharu seperti Mahkamah Perlembagaan tidaklah semudah yang disangkakan, malahan ianya bersifat sangat teknikal dan kompleks. Tambahan pula, tiada sebarang jaminan bahawa segala permasalahan berkaitan perlembagaan dapat diselesaikan dengan berkesan sekiranya Mahkamah Perlembagaan ditubuhkan. Peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ haruslah menjadi tauladan dan panduan kita didalam membicarakan isu ini.
* Dr. Hafidz Hakimi Haron adalah Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Multimedia, Kampus Melaka. Pengkhususan kepakaran beliau adalah di dalam bidang Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Hak Asasi Manusia, Undang-Undang Media dan juga Undang-Undang Siber.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Hafidz Hakimi Haron
Tue Feb 16 2021
Adakah penubuhan Mahkamah Perlembagaan adalah sebuah keperluan ataupun sekadar kehendak? - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pejabat Ombudsman Thailand hantar petisyen ke Mahkamah Perlembagaan tangguh undian PM baharu
Pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.
Pita berdepan rintangan besar menjelang pemilihan PM baharu Thailand
Terdapat tuduhan-tuduhan yang boleh mengancam peluang pemimpin Parti Move Forward (MFP) itu untuk menjadi perdana menteri.
SPR Thailand syor calon PM Pita digantung sebagai Ahli Parlimen, atau hilang kelayakan
Di Thailand, individu yang memiliki saham dalam syarikat media dilarang bertanding dalam pilihan raya.
Jokowi pertahan 'Omnibus Law', dakwa rakyat tidak dapat maklumat tepat
Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.
Vladimir Putin mahu pertahan jawatan presiden selepas 2024?
Namun, beliau maklumkan mahkamah perlembagaan perlu meluluskan langkah tersebut terlebih dahulu.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand syor pembubaran parti Thai Raksa Chart
Ini kerana, parti yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra itu didakwa cuba menarik monarki ke dalam politik.