awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan cabar keputusan pilihan raya Segamat

Bernama
Bernama
18/08/2023
10:42 MYT
Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan cabar keputusan pilihan raya Segamat
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan calon BN Tan Sri M. Ramasamy supaya petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Segamat dikembalikan kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk satu perbicaraan penuh. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri M. Ramasamy supaya petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Segamat dikembalikan kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk satu perbicaraan penuh.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan memerintahkan petisyen itu didengar di hadapan hakim lain.
Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 3 April tahun ini yang menolak petisyen rayuan Ramasamy selepas menerima bantahan awal dibangkitkan responden.
Responden yang dinamakan dalam petisyen itu ialah Ahli Parlimen Segamat R.Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam keputusan hari ini, Zabariah berkata petisyen itu dikembalikan kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar isu berkenaan sama ada bahan kempen melanggar undang-undang pilihan raya dan dakwaan berlakunya sogokan.
Zabariah kemudiannya menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Pilihan Raya.
Pada PRU15 yang diadakan pada November tahun lepas, Yuneswaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,669 undi dan diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih bagi kawasan itu mengalahkan Ramasamy, P. Poobalan daripada Perikatan Nasional dan Syed Hairoul Faizey daripada Pejuang.
Ramasamy, yang merupakan Bendahari MIC, bertanding sebagai calon BN.
Dalam petisyennya, Ramasamy antara lain memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi kawasan Parlimen Segamat adalah terbatal dan pengisytiharan bahawa Yuneswaran tidak dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Hakim Mahkamah Pilihan Raya Mohd Radzi Abdul Hamid menolak petisyen pilihan raya Ramasamy selepas menerima bantahan awal yang dikemukakan responden (Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan SPR) bahawa petisyennya (Ramasamy) cacat kerana gagal mematuhi kehendak Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya.
Ramasamy diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara Lau Yi Leong mewakili Yuneswaran dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#benar rayuan cabar keputusan
#pilihan raya Segamat
#calon BN M Ramasamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan