PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Shawal Senin untuk menggantikan hukuman itu dengan penjara seumur hidup di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Abu Bakar Jais.
Shawal, 47, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Nov 2011 kerana membunuh Siwakorn Sukuntha, 7, di sebuah unit di Kondominium Pulai View, Taman Kobena dekat Tampoi, Johor Bahru antara 9 malam 24 Dis hingga 1 tengah hari 27 Dis 2008.
Rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak masing-masing pada 22 April 2013 serta 29 Jan 2015.
Terdahulu, peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon memohon mahkamah meringankan hukuman Shawal dengan menggantikannya dengan pemenjaraan bagi tempoh antara 33 tahun dan 35 tahun.
Beliau berkata meskipun ia adalah kes tragik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki kecil yang telah dipukul selama tiga hari, perbuatan Shawal bukanlah berpunca daripada "hati yang jahat" atau berniat membunuh mangsa.
Bustaman Menon berkata Shawal, yang ketika itu kehilangan pekerjaan dan telah mengambil dadah, bertindak memukul mangsa untuk mendisiplinkannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir membantah permohonan itu dan meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati.
Beliau berkata tindakan Shawal memukul mangsa berulang kali dengan tangan, penyangkut baju, penyapu bulu ayam dan tukul secara terang-terangan mengabaikan kekudusan nyawa manusia.
Menurut fakta kes, Shawal berang dan telah memukul kanak-kanak itu selepas mangsa tidak menjawab soalannya.
Isterinya cuba menghalang namun Shawal telah memberi amaran bahawa dia juga akan berdepan akibat sama.
Ketika memberi keterangan kepada mahkamah, ibu mangsa berkata dia diberitahu oleh Shawal bahawa lelaki itu telah menggunakan pemetik api untuk membakar alat sulit kanak-kanak itu.
Susulan keputusan itu, Shawal mempunyai peluang terakhir untuk mendapatkan pengampunan dengan mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Shawal, yang ketika itu kehilangan pekerjaan dan telah mengambil dadah, bertindak memukul mangsa untuk mendisiplinkannya. - Bernama
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Kes bunuh Hanis Amanda: Mahkamah Persekutuan kembalikan hukuman mati bekas anggota polis
Mahkamah Persekutuan telah mengembalikan hukuman mati seorang bekas koperal polis kerana membunuh anak tiri perempuannya yang berusia dua tahun, Hanis Amanda Mohd Zafil, sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Penganggur didakwa bunuh anak tiri
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tirinya berusia 11 tahun, minggu lepas.
Budak 4 tahun maut dibelasah bapa tiri kerana tidak tahu guna tandas
Salihin berang apabila melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas dan memarahi serta menumbuk perut mangsa beberapa kali.
Penganggur dituduh bunuh anak tiri berusia 2 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia dua tahun pada 25 Mei lalu.