PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan dua petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah dan Kemaman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) dan pengundi dari kawasan Parlimen Kemaman supaya mahkamah mendengar perbicaraan penuh petisyen berkenaan.
Tun Tengku Maimun yang mengetuai panel terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan mendengar kedua-dua rayuan itu hari ini.
Petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah Abdul Hakim Abdul Wahid dan pengundi Parlimen Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil, masing-masing dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Melaka dan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 7 Feb dan 12 Feb lepas setelah mahkamah menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh responden dalam kedua-dua kes itu.
Abdul Hakim merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu yang membatalkan petisyen pilihan rayanya untuk membatalkan kemenangan Ketua Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah.
Sementara itu, Wan Mohamad Hisham merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan petisyen pilihan rayanya untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kemaman yang dimenangi oleh Che Alias Hamid daripada PAS.
Dalam keputusan mahkamah, Tun Tengku Maimun berkata pliding dalam petisyen pilihan raya bagi kedua-dua kes adalah mencukupi.
Oleh itu, beliau memerintahkan kedua-dua kes dihantar semula untuk pendengaran penuh berhubung merit di hadapan hakim Mahkamah Pilihan Raya yang berbeza.
Mahkamah menetapkan 5 Mei untuk sebutan bagi petisyen pilihan raya Abdul Hakim di Mahkamah Pilihan Raya di Melaka dan 8 Mei untuk sebutan petisyen pilihan raya Wan Mohamad Hisham di Mahkamah Pilihan Raya di Terengganu.
Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen pilihan raya, mendakwa rasuah, dalam bentuk wang dan jamuan, digunakan untuk memikat pengundi pada PRU15.
Mas Ermieyati, yang bertanding di bawah tiket PN-Bersatu memenangi kerusi itu, dengan majoriti 4,411 undi, dalam pertembungan empat penjuru menentang Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (GTA-Pejuang).
Sementara itu, Wan Mohamad Hisham memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kemaman di Terengganu.
Che Alias dari PAS menang kerusi itu dengan 65,714 undi mengalahkan calon BN Datuk Seri Ahmad Said, calon PKR's Hasuni Sudin (PKR) dan Pejuang's Rosli Ab Ghani (Pejuang).
Dalam rayuan hari ini, peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Abdul Hakim dan Wan Mohamad Hisham berhujah bahawa petisyen pilihan raya tersebut tidak cacat dan sepatutnya didengar berdasarkan merit.
Bagaimanapun, peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Mas Emieyati dan peguam Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili Che Alias masing-masing berhujah bahawa petisyen pilihan raya berkenaan tidak mempunyai butiran berkaitan dakwaan rasuah dan sepatutnya dibatalkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Tun Tengku Maimun yang mengetuai panel terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan mendengar kedua-dua rayuan itu hari ini. - Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.