MALAYSIA
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Hakim membuat keputusan penting itu selepas membenarkan sebahagian rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini memutuskan dua perkataan itu di bawah akta berkenaan sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah sah dan selaras dengan Perlembagaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan bahawa sebarang komunikasi dalam talian yang bersifat lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menjengkelkan, mendera, mengugut atau menggangu orang lain merupakan suatu kesalahan jenayah.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan penting itu selepas membenarkan sebahagian rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini memutuskan dua perkataan itu di bawah akta berkenaan sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]