PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mary Lim Thiam Suan (kini Hakim Mahkamah Persekutuan), Datuk Has Zanah Mehat dan S. Nantha Balan, membuat keputusan itu sebulat suara selepas membenarkan rayuan Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Dalam penghakiman yang disampaikan Lim, mahkamah memutuskan bahawa penduduk mempunyai kedudukan perundangan (locus standi) untuk memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan DBKL.
Beliau berkata oleh itu, perintah pembangunan bertarikh 1 Julai 2017 diketepikan.
Katanya terdapat kekhilafan boleh dirayu dalam kes itu yang mewajarkan campur tangan mahkamah.
Mahkamah Rayuan juga memerintahkan DBKL membayar RM60,000 sebagai kos manakala Yayasan Wilayah Persekutan dan Memang Perkasa Sdn Bhd masing-masing sebanyak RM40,000. Bagaimanapun, Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara tidak diperintahkan membayar sebarang kos.
Lim berkata persatuan penduduk mempunyai locus standi untuk memfailkan semakan kehakiman kerana mereka terjejas dengan cadangan pembangunan itu.
"Kami tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa semua perayu di hadapan kami mempunyai kepentingan yang nyata dan tulen berhubung perkara yang dinyatakan dalam semakan kehakiman.
“Pada pandangan kami, perayu telah membuktikan dengan jelas bahawa mereka amat terjejas dengan keputusan itu kerana mereka adalah penduduk, pemilik dan penghuni hartanah di kawasan berhampiran pembangunan yang dicadangkan,” katanya.
Beliau berkata terdapat kesalahan prosedur dalam keputusan yang dicapai menyebabkan perintah pembangunan yang dikeluarkan DBKL dibatalkan kerana sesetengah penduduk tidak dimaklumkan.
Lim berkata Datuk Bandar, seperti responden lain, telah menggunakan alasan penempatan semula atau kediaman rumah panjang Bukit Kiara untuk mengeluarkan perintah pembangunan itu kerana ia kononnya adalah demi kepentingan dan kesejahteraan mereka.
"Kami tidak dapat melihat bagaimana masalah rumah panjang Bukit Kiara menjadi satu isu perancangan. Ia adalah isu legasi atau politik yang tidak harus diberi pertimbangan oleh Datuk Bandar dalam menjalankan kuasa budi bicaranya mengikut Seksyen 22 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982," katanya.
Beliau berkata cadangan pembangunan itu sebenarnya adalah satu usaha sama perniagaan serta komersial antara Yayasan Wilayah dan Memang Perkasa.
Sehubungan itu, panel Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018 yang menolak semakan kehakiman oleh penduduk bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan yang dikeluarkan DBKL.
Penduduk telah memfailkan semakan kehakiman itu pada 11 Ogos 2017 melalui badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouse, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium selain Persatuan Penduduk TTDI serta empat penduduk dan pemilik rumah di TTDI.
Mereka menamakan DBKL, Yayasan Wilayah, Memang Perkasa dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.
Penduduk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan DBKL berhubung cadangan pembangunan bercampur termasuk sebuah pangsapuri 29 tingkat terdiri daripada 350 unit mampu milik dan lapan blok pangsapuri perkhidmatan dengan lapan tingkat ruang parkir.
Mereka mendakwa tanah seluas 10.08 hektar di Taman Rimba Kiara merupakan taman awam yang terletak antara TTDI dan Bukit Kiara serta merupakan kawasan hijau bagi Kuala Lumpur.
Penduduk diwakili peguam Datuk Gurdial Singh Nijar manakala peguam B. Thangaraj mewakili DBKL. Tan Sri Cecil Abraham mewakili Yayasan Wilayah dan Memang Perkasa manakala Datuk Harpal Singh Grewal mewakili Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Mahkamah memutuskan bahawa penduduk mempunyai kedudukan perundangan (locus standi) untuk memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan DBKL.

Mayat reput dalam longkang depan sekolah
Mangsa ditemui masih dalam keadaan berpakaian dan terlentang dalam longkang berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Vaksin tidak diedar secara adil – PAHO
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa bekalan vaksin COVID-19 yang kini terhad tidak dieadarkan dengan adil. Pengarahnya, Dr Carissa Etienne dalam taklimat mingguan menjelaskan, sekiranya pandemik ini tidak ditangani dengan segara, varian baharu juga akan muncul dengan cepat.

Pelan Rangsangan | UK umum pakej sokongan £65 bilion
Menteri Kewangan Britain umum pakej sokongan tambahan bernilai 65 bilion pound untuk menyokong kedudukan ekonomi susulan impak COVID-19. Menurut Rishi Sunak, pakej itu memperluaskan program sokongan pekerjaan dan pemotongan cukai sementara bagi membantu pekerja dan perniagaan.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 115 juta
Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 115 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.55 juta kes.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.55 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 518,265 kes.

Runtuhan SUKE | Pemandu treler positif dadah, direman hari ini
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh, di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) didapati positif dadah. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (Adb) 1952.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [04 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [04 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893601/24668255081614817935868_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [04 Mac 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman.

AWANI Ringkas: Israel disiasat atas jenayah perang

Badminton | Iskandar berkelana ke Hungary
Ketika pemain badminton negara termasuk daripada kem profesional sibuk di Terbuka Swiss. Lain pula ceritanya buat Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang dipancing oleh Kelab Szeged di Hungary untuk beraksi dalam liga tempatan di sana.

Dadah | Pasangan bertunang dicekup terlibat dadah
Seorang pemuda bersama tunangnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kodien. Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh 22 tahun berdepan dengan tujuh pertuduhan manakala pasangannya Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21 tahun berdepan dengan dua pertuduhan.

Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
C4 puji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.

Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.

Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.

Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.

Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet
Yeoh berkata ini membolehkan cadangan balas yang dikemukakan oleh beliau bersama penduduk TTDI dan penghuni rumah panjang didengar oleh Kabinet.

Notis pengusiran keluarga bekas pekerja ladang Bukit Jalil ditarik balik
Khalid berkata penarikan balik notis itu dimaklumkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu pada Rabu.

DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata lesen itu mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khusus untuk penjaja makanan dan minuman secara dibungkus (take away) sahaja.

Isu Taman Rimba Kiara: Tiada pencerobohan, tiada pemindahan, tiada flat - YWP
Membetulkan salah faham mengenai pengecilan pembangunan di Taman Rimba Kiara.

Isu projek pembangunan Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet
Ia akan dibentang pada mesyuarat Kabinet bulan depan untuk diputuskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Isu Taman Rimba Kiara: Persatuan penduduk TTDI gesa SPRM percepat, dedah status siasatan
Laporan itu menumpukan kepada kebimbangan mengenai konflik berkepentingan dan kemungkinan salah laku dalam projek Taman RImba Kiara.