awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan perintah Deepak dan syarikat bayar kos RM40,000

Bernama
Bernama
29/11/2021
10:10 MYT
Mahkamah Rayuan perintah Deepak dan syarikat bayar kos RM40,000
Mahkamah menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan ahli perniagaan J.R. Deepak Jaikishan, adiknya dan syarikat mereka membayar kos keseluruhan RM40,000 berikutan peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka dalam rayuan berhubung saman yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta tiga yang lain.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam.
Hakim Mohamad Zabidin berkata memandangkan peguam Deepak telah menarik diri dan rayuan itu perlu ditangguhkan, kos RM10,000 kepada setiap responden adalah wajar, iaitu kepada bekas Perdana Menteri (Najib) dan Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, adik Najib Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Terdahulu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan peguam Magita Hari Mogan untuk menarik diri daripada mewakili Deepak, adiknya J. Rajesh dan syarikat mereka Radiant Splendour Sdn Bhd dalam empat kes rayuan tersebut.
Beliau memberitahu mahkamah perintah pelepasan itu difailkan pada hari Jumaat (26 Nov) selepas gagal mendapat arahan daripada anak guamnya.
Terdahulu, peguam yang mewakili Najib dan Rosmah, Datuk David Matthews serta peguam Dhinesh Bhaskaran yang mewakili Ahmad Johari, peguam Porres Royan mewakili Abdul Azeez dan peguam Farah Shuhadah Razali bagi pihak Shukry meminta kos RM10,000 selepas Magita memaklumkan kepada mahkamah mengenai pemfailan perintah pelepasan itu.
Hakim Mohamad Zabidin kemudian mengarahkan kes itu dihantar untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini, yang kemudiannya menetapkan 14 Dis untuk pengurusan kes lain.
Perayu -- Deepak, Rajesh dan Radiant Splendour -- merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Jan tahun lepas yang membatalkan tuntutan mereka terhadap responden.
Dalam saman itu, perayu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, mendakwa akibat konspirasi, telah menyebabkan dua beradik itu dan syarikat mereka mengalami kerugian.
Mereka juga mendakwa semua responden telah melakukan konspirasi, penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan proses.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#J R Deepak Jaikishan
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan