awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng

Bernama
Bernama
08/06/2023
08:43 MYT
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan Abdul Azeez (kiri) berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng (kanan).
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Peguam Craig Ho yang mewakili Abdul Azeez serta Felix Lim, peguam bagi Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng) mengesahkan tarikh keputusan itu ketika dihubungi.
Pada 19 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azimah Omar mendengar rayuan itu dan menangguhkan keputusan mereka.
Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020, yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng, yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Abdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018, mendakwa Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Feb 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.
Beliau meminta ganti rugi am dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam utama mewakili Abdul Azeez, Porres Royan berhujah di Mahkamah Rayuan pada 19 Mei lepas bahawa alasan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop semasa menerima pembelaan Lim bagi pengakuan justifikasi adalah jelas salah.
Beliau berkata hakim gagal memahami bahawa Lim tidak mengemukakan sebarang bukti tentang kebenaran tuduhan bahawa Abdul Azeez telah menerima wang daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung projek itu.
Peguam Datuk N. Mureli, yang mewakili Guan Eng, bagaimanapun menyangkalnya dan berkata kenyataan anak guamnya itu bukan terhadap Abdul Azeez tetapi menyasarkan pihak lain dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung tindakan pihak berkuasa untuk mendakwa seseorang dan tidak mendakwa orang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Lim Guan Eng
#saman fitnah
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan