PAPAR: Projek pembangunan Mahkamah Rendah Syariah Papar yang membabitkan peruntukan RM18.5 juta, kini sedang dilaksanakan dan dijadual siap 25 Ogos 2024, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata hasil tinjauannya ke tapak projek semalam, projek itu sedang berjalan dengan lancar dan status kemajuan projek adalah pada tahap 7.98 peratus atau enam hari lebih awal daripada dijadualkan.
Armizan berkata pembangunan berkenaan, merupakan projek di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Pelan Pusingan Ketiga 2018.
"Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia serta JKR Sabah. Sungguhpun telah diluluskan pada tahun 2018, namun terdapat sedikit kelewatan sebelum ini yang antara lainnya berpunca daripada isu kesesuaian lokasi, dan projek hanya mula dilaksanakan pada 29 Ogos 2022.
"Tapak dikenal pasti ialah kawasan berpaya melibatkan implikasi kewangan tambahan. Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan tambahan kos siling projek RM3.5 juta dan nilai terkini projek adalah RM18.5 juta," katanya berucap selepas sesi taklimat dan tinjauan pelaksanaan projek berkenaan di sini semalam.
Armizan meminta semua pihak terlibat untuk memastikan projek berkenaan dapat berjalan dengan lancar, untuk memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, setelah pelaksanaan awal tertangguh atas isu tertentu khususnya yang melibatkan tapak projek dan keperluan kenaikan kos projek.
"Tinjauan pada hari ini untuk melihat status kemajuan kerja-kerja awal, sekali gus mendapatkan maklum balas sekiranya masih terdapat isu berbangkit," katanya.
Armizan berkata pembangunan Mahkamah Syariah yang baharu di Papar, merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Persekutuan demi manfaat penduduk tempatan dan penjawat awam yang terlibat.
"Bangunan baharu ini kelak akan membolehkan rakyat memiliki prasarana dan persekitaran perkhidmatan kerajaan yang lebih kondusif, sekali gus meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Armizan (kiri) meninjau Projek Pembangunan Mahkamah Syariah Daerah Papar pada Sabtu. - Foto Facebook Armizan Mohd Ali

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Bumbung satu blok SMK Cheras Jaya runtuh, tiada kecederaan dilaporkan
Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh tengah hari semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan berkenaan sejak Januari lalu.

Mahkamah Rendah Syariah Papar dijadual siap Ogos 2024 - Armizan
Projek itu sedang berjalan lancar dengan status kemajuan pada tahap 7.98 peratus atau enam hari lebih awal daripada jadual.

130 kejadian bencana dikesan di tiga negeri - JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

Jalan Ranau ke Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh - JKR Sabah
Tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.

Jalan Benta-Jerantut dan ke Lepar Utara ditutup kepada semua kenderaan berat
Dua laluan utama di daerah Jerantut ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan seberat di bawah satu tan mulai hari ini.

Jangan anak tiri jalan di Hulu Langat - Sany
Keadaan jalan terutama berhampiran kuari di Sungai Long sampai ke Batu 9 dalam keadaan tidak begitu baik dan banyak kali aduan telah dibuat mengenainya.

Tanah runtuh Batang Kali: Hujan lebat, operasi SAR ditangguh sementara
Cuaca yang cerah pada sebelah pagi sehingga jam 4.00 petang tadi di lokasi tanah runtuh di Father's Organic Farm berubah pada sebelah petang apabila hujan lebat merencatkan operasi masuk hari ke-8.

Pemantauan jalan di kawasan perbukitan perlu lebih komprehensif - Ibrahim Komoo
Profesor Emeritus Datuk Ibrahim Komoo menegaskan bahawa perhatian yang lebih perlu diberikan kepada jalan di kawasan cerun di luar bandar.

Tanah runtuh: Elak perjalanan pada waktu malam - JKR N. Sembilan
JKR Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang dan mengelakkan perjalanan pada waktu malam terutama laluan berisiko berikutan kejadian tanah runtuh di negeri ini.