PUTRAJAYA: Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel sembilan anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
"Sama ada Islam atau Mahkamah Syariah dipertahan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam kes ini," kata beliau ketika membacakan penghakiman dalam kes itu.
Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.
Tengku Maimun berkata jika ada pihak mencabar undang-undang digubal oleh Badan Perundangan Negeri yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah atas alasan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian dan jika Mahkamah Sivil membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan Mahkamah Sivil tidak boleh dikatakan menentang Allah kerana undang-undang yang dicabar bukanlah sesuatu yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah sebaliknya oleh Badan Perundangan Negeri.
Beliau berkata jika isu pencabaran undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri atau badan perundangan negeri dilihat dari sudut ini maka tidak timbul soal Mahkamah Sivil tidak mempertahan kedudukan agama Islam atau tidak memperkasakan Mahkamah Syariah.
"Maka melihat kepada cabaran ini sahaja, Mahkamah Syariah atau undang-undang Islam di Malaysia tidak akan pada bila-bila masa berkubur dan diletakkan batu nisan seperti didakwa oleh peguam Yusfarizal Yusof kerana Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kuasa perundangan kepada semua kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.
"Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang dicabar dalam petisyen ini bukanlah kedudukan undang-undang Syariah di Malaysia.
"Dakwaan pempetisyen adalah khusus terhadap tindakan Badan Perundangan Negeri Kelantan, yang mengikut hujahan pempetisyen telah melangkaui kuasa berkenaan jenis-jenis kesalahan yang boleh diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Tengku Maimum berkata terdapat tiga jenis hukuman di bawah undang-undang Islam iaitu hudud, qisas dan takzir.
Beliau berkata hudud adalah hukuman yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah manakala qisas ialah hukuman yang dikenakan hukuman balas seperti nyawa dibalas dengan nyawa dan melukakan dibalas dengan melukakan.
"Seperti hudud, qisas juga ditentukan oleh Allah. Perbezaan antara hudud dan qisas ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa. Diyat yang bermaksud pampasan atau ganti rugi adalah sebahagian daripada hukuman qisas.
"Takzir pula adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan/pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budi bicara hakim," katanya.
Tengku Maimum berkata setakat hari ini, Mahkamah Syariah di Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas tetapi hanya takzir, sama seperti Mahkamah Sivil.
Beliau berkata, justeru, tidak ada bezanya Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil kerana kedua-dua sistem melaksanakan hukuman takzir.
Perbezaannya cuma hukuman takzir yang dilaksana oleh Mahkamah Syariah adalah bersumberkan atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat negeri dan diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri manakala hukuman takzir yang dilaksana oleh Mahkamah Sivil adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat Persekutuan dan diluluskan oleh Parlimen.
"Ingin juga dinyatakan bahawa hukuman takzir Mahkamah Syariah adalah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang setakat hari ini mengehadkan hukuman penjara kepada tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5, 000 dan sebat tidak melebihi enam kali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Tengku Maimun (foto) berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya. -Gambar fail/Bernama
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti.
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.
Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun
Kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara - Azalina
Laporan SPRM terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Mohd Khairul selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik.
Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes-kes membabitkan tokoh-tokoh dan personaliti tertentu.
"Badan kehakiman tiada agenda lain, selain menegakkan undang-undang" - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan badan kehakiman di negara ini tiada agenda lain selain menegakkan undang-undang.
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.