MALAYSIA

Mahkamah Tinggi benarkan Capital A kurangkan modal, usaha keluar daripada status PN17

Bernama 21/01/2026 | 09:48 MYT
Capital A Bhd memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Malaya untuk pengurangan modal sebanyak RM5.51 bilion.
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Malaya membabitkan pengurangan modal sebanyak RM5.51 bilion, sekali gus menandakan selesainya kesemua langkah penting ditetapkan di bawah pelan penyusunan semula syarikat berkenaan.


Ringkasan AI
  • Capital A Bhd memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Malaya untuk pengurangan modal sebanyak RM5.51 bilion, menandakan selesainya pelan penyusunan semula syarikat tersebut.
  • Ketua Kewangan Kumpulan Capital A menyatakan bahawa perintah tersebut merupakan langkah akhir mahkamah dalam proses PN17 syarikat dan mereka berusaha untuk keluar dari status tersebut.
  • Pasca pelan penyusunan semula, Capital A akan beroperasi sebagai kumpulan lima perniagaan yang berbeza, termasuk dalam bidang penyelenggaraan, logistik, pelancongan, harta intelek, dan makanan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat itu menyatakan pelan penyusunan semula itu akan lengkap selepas pemeteraian perintah Mahkamah Tinggi dengan pihak Pendaftar Syarikat menjelang minggu depan.

Ketua Kewangan Kumpulan Capital A Teh Mun Hui berkata perintah itu merupakan langkah akhir mahkamah dalam perjalanan PN17 syarikat itu.

"Kami telah menggariskan rancangan bagi memperbetulkan asas-asas dan melaksanakan setiap langkah -- menyelesaikan aspek pelupusan perniagaan penerbangan, pengagihan saham AirAsia X Bhd (AAX) kepada pemegang saham serta mendapatkan kelulusan diperlukan untuk membersihkan lembaran imbangan. Kami kini sedang berusaha ke arah keluar daripada status PN17," katanya.

Kelulusan Mahkamah Tinggi hari ini menyusuli pencapaian fasa akhir, termasuk selesainya cadangan perniagaan penerbangan iaitu AirAsia Bhd dan AirAsia Aviation Group Ltd kepada AAX pada 16 Jan, 2026 serta penyenaraian dan pengagihan saham AAX kepada pemegang saham Capital A yang layak pada 19 Jan, 2026.

Menurut Capital A baki perniagaan bukan penerbangan di bawah kawalannya juga secara konsisten menguntungkan sejak empat suku sebelumnya mulai suku keempat 2024 sehingga suku ketiga 2025.

"Apabila pelan penyusunan semula itu selesai, dana pemegang saham Capital A akan menjadi positif. Menerusi langkah-langkah itu, Capital A dapat menangani kesemua kriteria PN17, namun pembatalan status itu masih tertakluk kepada kelulusan pihak pengawal selia," katanya.

Pasca pelan penyusunan semula itu akan menyaksikan Capital A beroperasi sebagai sebuah kumpulan yang menumpukan lima perniagaan -- Asia Digital Engineering (penyelenggaraan, pembaikan dan operasi); Teleport (logistik); AirAsia MOVE (platform pelancongan), AirAsia Next (jenama dan harta intelek) serta Santan (makanan dan minuman).

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan terkini Mahkamah Tinggi Malaya mengenai syarikat Capital A Bhd?
    A: Mahkamah Tinggi Malaya memberi kebenaran kepada Capital A Bhd untuk melakukan pengurangan modal sebanyak RM5.51 bilion, menandakan penyelesaian langkah penting dalam pelan penyusunan semula syarikat.
  • Q: Apa langkah terkini yang diambil oleh Capital A Bhd selepas mendapat kebenaran mahkamah?
    A: Capital A Bhd akan menyelesaikan pelan penyusunan semula dengan pemeteraian perintah Mahkamah Tinggi dengan pihak Pendaftar Syarikat menjelang minggu depan.
  • Q: Apakah fokus utama perancangan Capital A Bhd selepas penyelesaian pelan penyusunan semula?
    A: Capital A Bhd akan menumpukan perniagaannya kepada lima entiti iaitu Asia Digital Engineering, Teleport, AirAsia MOVE, AirAsia Next, serta Santan selepas kelulusan pelan penyusunan semula.



#Capital A #AirAsia #Airasia X #PN17 #pengurangan modal #Mahkamah Tinggi