Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan injunksi yang diperoleh peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menghalang Badan Peguam Malaysia serta tiga yang lain daripada membincangkan perilaku beliau dalam jerayawara berhubung kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Muhammad Shafee berkata Hakim Datuk Asmabi Mohamad memberi injunksi ad-interim (injuksi baharu) kerana injunksi sebelah pihak yang diperoleh Muhammad Shafee pada 13 Mac akan berakhir tempohnya pada 3 April.
Beliau memberitahu pemberita bahawa injunksi baharu itu diberi sementara menunggu keputusan mengenai injuksi kedua-dua pihak (inter-parte).
Katanya mahkamah menetapkan 13 Mei untuk mendengar injunksi kedua-dua pihak dan permohonan untuk mengetepikan injunksi sebelah pihak yang difailkan defendan.
"Perintah injuksi baharu ini mengekalkan status quo injunksi sebelah pihak yang diperoleh klien saya," katanya sambil menjelaskan bahawa pendengaran mengenai injunksi kedua-dua pihak ditangguh hari ini kerana defendan memerlukan masa untuk menjawab afidavit plaintif (Muhammad Shafee).
Pada 13 Mac, Asmabi meluluskan permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatkan perintah injunksi sebelah pihak dan dalam permohonan itu, peguam kanan berkenaan menamakan Badan Peguam, Christopher Leong, yang ketika itu adalah presiden Badan Peguam, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George dan peguam Tommy Thomas sebagai defendan.
Asmabi memberi injunksi sebelah pihak sementara kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Badan Peguam dan Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul berkenaan dibentang, dibincang atau diterima dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (AGM) Badan Peguam pada 14 Mac, atau membincangkan sebarang perkara berkaitan perilaku Muhammad Shafee dalam rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac atau pada sebarang tarikh selepas itu.
Hakim itu juga memberi injunksi sebelah pihak sementara kepada Muhammad Shafee bagi menghalang V. C. George dan Tommy atau melalui ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk 'Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015' atau secara substantif usul serupa pada AGM ke-69 Badan Peguam pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh kemudian.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail melalui fiat (pemberian kuasa) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Aturcara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Peguam Lambert Rasaratnam dan Andrew Chiew mewakili Badan Peguam dan Leong, manakala Porres Royan bertindak bagi pihak V. C. George dan Datuk S.Ambiga mewakili Tommy.
Bernama
Tue Mar 31 2015
Mahkamah menetapkan 13 Mei untuk mendengar injunksi kedua-dua pihak dan permohonan untuk mengetepikan injunksi sebelah pihak yang difailkan defendan. - Gambar Fail
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Badan Peguam Malaysia pamer solidariti dengan rakan sejawat di Palestin
Badan Peguam Palestin meminta sokongan daripada rakan sejawat di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama penting semasa saat-saat mencabar ini.
Ahmad Zahid akan bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA
Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 Jan depan.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Posting Facebook berkenaan status amicus curiae dalam kes Mahkamah Persekutuan tidak tepat - PKPMP
PKPMP di dalam satu kenyataan hari ini berkata hantaran di laman Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial itu adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan orang awam.
PM Anwar seru kelompok anggota perundangan negara sokong tadbir urus baik
Menurut Anwar, ini adalah intipati akauntabiliti demokrasi, bahawa kita bukan sahaja bertanggungjawab, tetapi mesti juga dilihat bertanggungjawab, dan ini juga adalah ciri-ciri utama keadilan.
Rayuan Laidlaw mewakili Najib, Rabu ini, ditangguhkan
Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan peguam Laidlaw untuk menangguhkan pendengaran kes itu.
Pindaan Akta JAC perlu untuk memelihara kebebasan badan kehakiman
Badan Peguam Malaysia secara konsisten menggesa desentralisasi kuasa Eksekutif dalam aspek penting proses pelantikan kehakiman.
Tiga peguam termasuk Zaid Ibrahim saman Badan Peguam Malaysia, Presiden kerana memfitnah
Badan Peguam Malaysia dan Presidennya didakwa memfitnah Zaid dan dua peguam lain menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan.
Badan Peguam Malaysia bantah permohonan Laidlaw untuk wakili Najib di mahkamah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan memiliki lebih banyak pengalaman, dan lebih layak berbanding Jonathan Laidlaw.
Kes tunggakan cukai: Badan Peguam Malaysia mohon jadi 'amicus curiae' dalam rayuan Najib, Nazifuddin
Badan Peguam Malaysia memohon untuk menjadi 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah dalam prosiding kebenaran merayu yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin.