awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi Shah Alam terima ancaman bom

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/11/2018
08:32 MYT
Mahkamah Tinggi Shah Alam terima ancaman bom
Pemeriksaan di seluruh kawasan mahkamah tidak menemui sebarang objek bom atau ancaman. - Ihsan PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Mahkamah Tinggi Shah alam hari ini menerima panggilan mengenai satu ancaman bom.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata panggilan tersebut diterima oleh kakitangan mahkamah itu pada 9.40 pagi.
"Panggilan itu dibuat seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dan memaklumkan ada bom diletakkan di kawasan mahkamah.
"Polis segera ke lokasi dan terpaksa mengosongkan bangunan, Unit Pemusnah Bom PDRM bersama Unit K9 telah membuat pemeriksaan di seluruh kawasan bangunan ruang legar mahkamah, namun tidak menemui sebarang objek bom atau ancaman," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Baharudin, kesemua kakitangan mahkamah tersebut hanya dibenarkan masuk sekitar pukul 12.45 tengah hari selepas polis mengesahkan tiada ancaman bom.
Beliau turut menyatakan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemeriksaan dan pembersihan dijalankan.
"Kes seumpama ini merupakan kes ugutan jenayah, satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Mahkamah Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan