KUALA LUMPUR:Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Alvin Goh' yang direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian, akan kekal dalam tahanan polis sehingga 20 Dis.
Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid yang menolak permohonan ahli perniagaan itu yang nama sebenarnya adalah Goh Leong Yeong, 32, selepas dia memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta.
"Setelah mempertimbangkan penghujahan bertulis dan otoriti yang dipohon oleh pemohon (Goh) dan responden, saya bersetuju dengan pihak responden untuk bantahan awal.
"Oleh itu, saya menolak permohonan (habeas corpus) ini," kata Azhar dalam keputusan ringkas selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Goh memfailkan permohonan itu melalui notis usul di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Nov lepas, menamakan pegawai penyiasat ASP Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga keempat.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Gobind Singh Deo dan Jacky Loi mewakili Goh manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bagi pihak responden.
Goh dilaporkan melarikan diri dengan memanjat pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bulan lalu, sebaik sahaja dibebaskan SPRM berhubung siasatan mengenai perjudian dalam talian.
Terdahulu, Muhammad dalam hujahannya mengenai bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari (sebelum ini) di bawah POCA.
“Tetapi dia sekarang direman selama 38 hari, selepas polis mendapat perintah tahanan 38 hari lagi daripada Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lepas.
“Bagaimanapun, permohonan hari ini adalah untuk mencabar perintah tahanan selama 21 hari itu,” katanya lagi.
Sementara itu, Sri Ram berhujah penahanan anak guamnya di bawah seksyen POCA, adalah tidak berperlembagaan, dan oleh itu apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawahnya adalah tidak sah.
Kemudian, Muhammad memberitahu media bahawa Goh sekarang menjalani tahanan 38 hari di bawah POCA yang berakhir pada 20 Dis.
Dalam permohonan itu, Goh berkata penangkapan dan penahanannya pada 27 Okt lepas di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA pada 31 Okt adalah tidak sah, tidak berasas, tidak mematuhi prosedur dan bersifat mala fide (berniat jahat).
Lelaki itu juga memohon perintah bahawa perintah tahanan reman bertarikh 31 Okt lepas oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang membenarkan penahanannya selama 21 hari mulai 31 Okt sehingga 21 Nov di bawah POCA adalah tidak sah.
Pada 2 Nov, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Addy Kana’, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad untuk writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya mereka dibebaskan segera.
Mereka juga ditahan di bawah POCA untuk siasatan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020

Goh dilaporkan melarikan diri dengan memanjat pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya bulan lalu, sebaik sahaja dibebaskan SPRM berhubung siasatan mengenai perjudian dalam talian. - Gambar fail

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman

Ditahan di bawah POCA, Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan 'Datuk', dua anggota polis
Panel lima hakim menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Datuk Addy Kana, Koperal Muhamad Amin dan Koperal Mohd Hairy selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Pegawai polis berpangkat DCP antara disiasat disyaki bersekongkol dengan Addy Kana
Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta.

Mahkamah Tinggi tolak habeas corpus Alvin Goh supaya dibebaskan serta-merta
Muhammad berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari sebelum ini di bawah POCA.

Alvin Goh direman 21 hari di bawah POCA
Suspek sebelum ini bersembunyi dari satu ke satu lokasi lain selepas melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM.