KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah menolak saman fitnah bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi tempatan Jason Jonathan Lo terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang disiarkan pada 2019 dan 2020.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan dalam keputusan yang disampaikan semalam memutuskan bahawa mahkamah mendapati tiada niat jahat dalam artikel terbabit sebagaimana yang didakwa oleh plaintif.
"Berkenaan artikel pertama yang dipertikai, membacanya secara keseluruhan akan membawa kepada kesimpulan bahawa plaintif telah didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menceroboh dan memasukkan dadah ke dalam badan. Selepas membacanya, mahkamah mendapati plaintif bukan menceroboh sebuah rumah semata-mata untuk memasukkan dadah ke dalam badan.
"Mengenai penggunaan ayat memasukkan dadah ke dalam badan berbanding mengambil dadah dengan menyuntiknya sendiri, adalah penting untuk mengambil maklum bahawa artikel pertama yang dipertikai adalah ditulis bagi memaklumkan orang ramai bahawa plaintif telah didakwa atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Malah adalah jelas daripada artikel itu plaintif telah mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua kesalahan dan dibebaskan dengan ikat jamin," katanya.
Menyentuh artikel kedua yang dipertikai, beliau berkata mahkamah mendapati selepas membacanya secara keseluruhan, boleh dilihat sejak awal lagi plaintif tidak mengaku bersalah dan ia dengan jelas menyatakan bahawa plaintif telah didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT).
"Selain itu, artikel tersebut secara khusus menyatakan bahawa plaintif telah dibebaskan dengan jaminan RM30,000. Secara munasabah, ini tidak akan merumuskan bahawa plaintif telah mengaku bersalah. Mengambil kira keseluruhan artikel, ia menyangkal sebarang pemahaman bahawa plaintif telah mengaku melakukan jenayah itu," katanya.
Raja Ahmad Mohzanuddin Shah berkata sesiapa sahaja yang membaca keseluruhan teks itu akan memahami bahawa plaintif hanya didakwa namun tidak dinyatakan sebagai melakukan jenayah tersebut.
"Membaca artikel kedua sepenuhnya, mahkamah mendapati bahawa tindakan melaporkan Jason telah didakwa atas kesalahan atau jenayah tertentu, tidak boleh dikatakan sebagai memfitnah," katanya yang memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM15,000 kepada agensi berita itu.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Jason sebagai plaintif dan tiga saksi defendan.
Perkara itu disahkan oleh peguam Adam Luqman Amdan yang mewakili Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Raja Ahmad Mohzanuddin Shah berkata sesiapa sahaja yang membaca keseluruhan teks itu akan memahami bahawa plaintif hanya didakwa namun tidak dinyatakan sebagai melakukan jenayah tersebut. - Gambar fail/Bernama

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ukraine akan saman Poland, Hungary dan Slovakia berkaitan larangan import bijirin
Kyiv akan memfailkan saman di Pertubuhan Perdagangan Dunia terhadap Poland, Hungary dan Slovakia berhubung keputusan mereka melanjutkan larangan import bijirin dari Ukraine.

Polis tangkap 11 individu, keluar 5,953 saman
Antara kesalahan yang dikenakan tindakan ialah meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki atau di garisan putih.

MB Kelantan pula saman ADUN Galas, Kota Lama
Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula memfailkan saman terhadap ADUN Galas dan ADUN Kota Lama berhubung isu memfitnah beliau membawa fitrah takfiri.

Kerajaan AS saman SpaceX, dakwa diskriminasi pengambilan pekerja
SpaceX milik Elon Musk mendiskriminasi pencari suaka dan pelarian dengan menghalang mereka daripada memohon pekerjaan.

MBSB Bank saman Country Heights, tuntut bayar balik pinjaman RM89.67 juta
Kumpulan itu pada 21 Ogos menerima writ saman, pernyataan tuntutan dan notis pengurusan kes daripada peguam cara yang bertindak bagi MBSB.

Dituduh lawan Islam: 2 ADUN PH-BN tuntut MB Kelantan mohon maaf
Ia susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah pada Jumaat.

Syarikat media sosial, senjata api disaman jadi punca trauma
Aduan yang difailkan 16 Ogos lalu di mahkamah negeri di Buffalo menamakan YouTube dan Reddit sebagai defendan.

Sanusi akan jawab notis saman Vincent Tan
Pada Selasa lalu, Vincent dan Berjaya Land Berhad telah memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Suara Rakyat: Kerap disaman, tolong mudahkan lesen peniagaan di Taman Medan - Peniaga
Para peniaga mengharapkan pembelaan agar kehidupan mereka dapat diteruskan dalam situasi ekonomi yang kian mendesak ketika ini.