Mahkamah Tinggi hari ini menolak bantahan awal anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli terhadap pemfailan afidavit jawapan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang melebihi tempoh masa.
Peguam Saiful Izham Ramli yang mewakili Mohd Rafizi berkata anak guamnya mengemukakan bantahan itu kerana pemfailan melebihi tempoh masa menyalahi peruntukan mandatori di bawah Aturan 32 Kaedah 12(2)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Beliau berkata mahkamah mengakui wujud kekeliruan di dalam arahan mahkamah ketika pengurusan kes itu pada 12 Ogos tahun lepas menyebabkan LTAT memfailkan afidavit jawapannya melebihi tempoh masa.
"Oleh itu mahkamah telah menolak bantahan awal Mohd Rafizi dan menerima afidavit jawapan LTAT," katanya kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.
Saiful Izham berkata Mahkamah Tinggi juga menetapkan 16 Feb bagi mendengar permohonan Mohd Rafizi untuk membatalkan sebahagian daripada pernyataan tuntutan LTAT.
Peguam Izzat Othman yang mewakili LTAT mengesahkan perkara itu.
Pada 6 Mei 2016, LTAT memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rafizi berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera dan mendakwa kenyataan itu berniat untuk menjatuhkan imej baik, maruah dan reputasi LTAT.
LTAT menuntut ganti rugi am, teladan, dan perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Dalam pernyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan bertajuk 'Bayaran gratuiti pesara angkatan tentera lewat; LTAT perlu dedahkan risiko kewangan akibat 1MDB' di dalam laman blog dan laman Facebooknya pada 21 Mac 2016.
Ia juga menyatakan pada 24 Mac 2016 melalui laman sesawang Malaysiakini, Mohd Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bertajuk 'Rafizi: I have document showing LTAT's link to 1MDB'.
Pada 28 Mac 2016, Mohd Rafizi didakwa mengulangi kenyataannya di laman Facebooknya yang bertajuk 'Laporan ketua audit negara ke atas 1MDB mengesahkan kesan masalah kewangan 1MDB ke atas LTAT".
Plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Mohd Rafizi menuduh LTAT secara tidak langsung atau secara sindiran, tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara tentera. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
Pada 6 Mei 2016, LTAT memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rafizi (gambar) berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera. - Gambar fail
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.