SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Ketika sebutan kes, tertuduh, Jefrie Drahman, 33, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Jefrie didakwa memenggal kepala seekor kucing dengan menggunakan pisau pemotong daging tanpa alasan munasabah atau tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 30(2) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (4) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah bunuh terhadap ibunya berusia 70 tahun.
Bagaimanapun, Jefrie membantah fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi menyebabkan Hakim menolak kedua-dua pengakuan bersalah tertuduh.
Sehubungan itu, Hakim kemudiannya menetapkan 19 Jun sebagai tarikh pengurusan kes manakala 10 dan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes bekenaan.
Hakim turut mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam direman lanjut sehingga tarikh perbicaraan kes selesai.
Jefrie didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Jalan Tanjong Durian, Kampung Keranji, Bau, sekitar jam 12.40 tengah hari, 15 Mei lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 21 2024
Hakim turut mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam direman lanjut sehingga tarikh perbicaraan kes selesai. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Lelaki penggal kepala kucing dipenjara 29 bulan
Tertuduh, Jaferi Suman, 32, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.