MALAYSIA
Mahkamah tolak permohonan gali semula kubur pelatih Palapes UiTM, benar inkues terbuka
Mahkamah Tinggi menolak permohonan menggali semula kubur pegawai kadet Palapes UiTM Shah Alam, Muhammad Amir Rusyaidi (foto), tetapi membenarkan inkues terbuka untuk siasatan lanjut. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menolak permohonan untuk menggali semula kubur Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Bagaimanapun, Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan satu inkues terbuka dijalankan kerana afidavit yang difailkan mengandungi fakta dan dakwaan yang hanya boleh dijelaskan melalui penyempurnaan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Justeru, beliau memerintahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah membuka semula siasatan kematian dengan melantik seorang pegawai penyiasat baharu dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Roszianayati membuat keputusan itu selepas meneliti notis usul serta afidavit yang difailkan oleh bapa Muhammad Amir Rusyaidi iaitu Muhamad Zaidi Abdul Rahman, 53, dalam permohonan beliau terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara.
Mahkamah turut menolak tiga permohonan lain iaitu perintah agar Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pihak berkaitan mengarahkan penggalian semula jasad dan perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat ke atas jasad si mati dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan dengan kehadiran pakar forensik bebas dan kehadiran peguam.
Turut ditolak ialah permohonan untuk mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat itu mengeluarkan laporan bedah siasat dalam tempoh sebulan dari tarikh ia dijalankan, dan satu salinan laporan tersebut diberikan kepada peguam.
Roszianayati, ketika membacakan alasan penghakiman ringkasnya, berkata aduan utama dalam permohonan itu ialah punca kematian Muhammad Amir Rusyaidi.
Beliau berkata berdasarkan penelitian, puncanya telah dikenal pasti melalui pemeriksaan dan rawatan oleh doktor Hospital Shah Alam yang telah mengeluarkan afidavit serta mengesahkan sebab kematian ialah akibat strok haba yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ.
Hakim itu berkata mangsa telah dibawa ke hospital pada 10 Nov dan meninggal dunia pada 13 Nov 2024 manakala hasil pelbagai pemeriksaan dan ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dalam keadaan dinyahhidratkan dengan teruk sehingga melibatkan organ dalaman lain.
Beliau berkata doktor juga menyatakan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal lain ditemukan kecuali kesan merah di lutut namun ia tidak menjurus kepada kematiannya.
Roszianayati berkata beberapa saksi termasuk jurulatih pada hari kejadian juga telah mengesahkan bahawa Muhammad Amir Rusyaidi bersama rakan-rakannya menjalani latihan Palapes yang agresif sejak 9 Nov 2024, dan ini mengesahkan punca kematiannya seperti yang telah dinyatakan oleh pihak doktor.
"Justeru, tiada keperluan jasad si mati digali dan bedah siasat dijalankan kerana sebab kematian telah dikenal pasti," katanya.
Beliau berkata, yang menjadi pertikaian adalah cara Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dan sama ada kematiannya telah berlaku disebabkan, atau dipercepat oleh sebarang perbuatan atau kecuaian oleh mana-mana pihak lain.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menolak permohonan menggali semula kubur pegawai kadet Palapes UiTM Shah Alam, Muhammad Amir Rusyaidi, tetapi membenarkan inkues terbuka untuk siasatan lanjut.
- Hakim Roszianayati memerintahkan siasatan dibuka semula oleh PDRM selepas afidavit yang difailkan menimbulkan keraguan tentang kematian mangsa.
- Sebab kematian Muhammad Amir Rusyaidi dikenal pasti sebagai akibat strok haba, tetapi pertikaian timbul mengenai cara kematiannya dan adakah terdapat kecuaian pihak lain yang menyebabkannya.
Bagaimanapun, Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan satu inkues terbuka dijalankan kerana afidavit yang difailkan mengandungi fakta dan dakwaan yang hanya boleh dijelaskan melalui penyempurnaan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Justeru, beliau memerintahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah membuka semula siasatan kematian dengan melantik seorang pegawai penyiasat baharu dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Roszianayati membuat keputusan itu selepas meneliti notis usul serta afidavit yang difailkan oleh bapa Muhammad Amir Rusyaidi iaitu Muhamad Zaidi Abdul Rahman, 53, dalam permohonan beliau terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara.
Mahkamah turut menolak tiga permohonan lain iaitu perintah agar Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pihak berkaitan mengarahkan penggalian semula jasad dan perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat ke atas jasad si mati dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan dengan kehadiran pakar forensik bebas dan kehadiran peguam.
Turut ditolak ialah permohonan untuk mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat itu mengeluarkan laporan bedah siasat dalam tempoh sebulan dari tarikh ia dijalankan, dan satu salinan laporan tersebut diberikan kepada peguam.
Roszianayati, ketika membacakan alasan penghakiman ringkasnya, berkata aduan utama dalam permohonan itu ialah punca kematian Muhammad Amir Rusyaidi.
Beliau berkata berdasarkan penelitian, puncanya telah dikenal pasti melalui pemeriksaan dan rawatan oleh doktor Hospital Shah Alam yang telah mengeluarkan afidavit serta mengesahkan sebab kematian ialah akibat strok haba yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ.
Hakim itu berkata mangsa telah dibawa ke hospital pada 10 Nov dan meninggal dunia pada 13 Nov 2024 manakala hasil pelbagai pemeriksaan dan ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dalam keadaan dinyahhidratkan dengan teruk sehingga melibatkan organ dalaman lain.
Beliau berkata doktor juga menyatakan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal lain ditemukan kecuali kesan merah di lutut namun ia tidak menjurus kepada kematiannya.
Roszianayati berkata beberapa saksi termasuk jurulatih pada hari kejadian juga telah mengesahkan bahawa Muhammad Amir Rusyaidi bersama rakan-rakannya menjalani latihan Palapes yang agresif sejak 9 Nov 2024, dan ini mengesahkan punca kematiannya seperti yang telah dinyatakan oleh pihak doktor.
"Justeru, tiada keperluan jasad si mati digali dan bedah siasat dijalankan kerana sebab kematian telah dikenal pasti," katanya.
Beliau berkata, yang menjadi pertikaian adalah cara Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dan sama ada kematiannya telah berlaku disebabkan, atau dipercepat oleh sebarang perbuatan atau kecuaian oleh mana-mana pihak lain.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah punca kematian Muhammad Amir Rusyaidi berdasarkan afidavit yang difailkan?
A: Punca kematian Muhammad Amir Rusyaidi adalah akibat strok haba yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ. - Q: Mengapakah Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk menggali semula kubur Muhammad Amir Rusyaidi?
A: Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut kerana punca kematian sudah dikenal pasti melalui pemeriksaan doktor dan tidak memerlukan tindakan penggalian semula jasad. - Q: Apakah kesimpulan yang diperoleh melalui penelitian yang dilakukan terhadap kematian Muhammad Amir Rusyaidi?
A: Hasil penelitian menunjukkan bahawa Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia akibat strok haba yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ, berdasarkan afidavit doktor dan saksi yang terlibat. - Q: Mengapa Mahkamah membenarkan satu inkues terbuka dijalankan meskipun menolak permohonan untuk menggali semula kubur?
A: Mahkamah membenarkan inkues terbuka kerana fakta dan dakwaan yang terdapat dalam afidavit perlu dijelaskan melalui penyempurnaan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia. - Q: Apakah tindakan yang diperintahkan oleh Hakim Roszianayati kepada Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah berkaitan dengan kes kematian Muhammad Amir Rusyaidi?
A: Hakim memerintahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah untuk membuka semula siasatan kematian dengan melantik seorang pegawai penyiasat baharu dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
#gali semula kubur
#pegawai kadet PALAPES
#UiTM Shah Alam
#Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi
#strok haba