Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan bagi injunksi interlocutory oleh 50 penganut Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya untuk menghalang One City Development Sdn Bhd, pemilik dan pemaju tapak kuil, daripada memasuki kawasan itu untuk tujuan perobohan.
Plaintif juga memohon antara lain, perintah untuk menangguhkan pelaksanaan writ pemilikan bertarikh 14 Nov, 2017, yang diperoleh oleh One City Development.
Hakim Wong Kian Kheong membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa plaintif tidak mempunyai justifikasi yang wajar untuk tindakan terhadap pemaju dan tidak mempunyai "locus standi" di bawah Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan saman.
"Saman ini dihalangi oleh batas doktrin res judicata dan membenarkan perintah berhubung permohonan plaintif bererti membenarkan pelanggaran dua perintah mahkamah secara berterusan," katanya.
Selain One City Development, plaintif juga menamakan K. Chellapan, yang disaman sebagai pegawai awam bagi pihak jawatankuasa pengurusan kuil; Sime UEP Properties Bhd; pengarah Perancangan Bandar dan Desa Selangor dan kerajaan Selangor sebagai defendan.
Hakim Wong juga menolak dengan kos permohonan plaintif untuk menangguhkan semua prosiding dalam saman itu sementara menunggu campurtangan tangan oleh Peguam Negara untuk menyelesaikan secara aman semua perkara berkaitan kuil.
"Plaintif gagal menunaikan kewajipan untuk meyakinkan mahkamah bahawa wujud situasi khas dalam kes ini untuk menjustifikasi penangguhan pelaksanaan perintah. Campur tangan peguam negara adalah tidak berupa situasi khusus untuk menangguhkan saman kerana saman ini berkaitan tanah yang didaftarkan atas nama defendan kelima (One City Development).
"Pemilikan dan hak defendan kelima terhadap tanah telah diperuntukkan oleh Kanun Tanah Negara, sesungguhnya hak milik defendan kelima ke atas tanah itu dijamin oleh Perkara 13 (1) Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Kanun Tanah Negara dan undang-undang bertulis yang lain, Peguam Negara tidak mempunyai bidang kuasa ke atas tanah atau mana-mana 'tanah milik' untuk perkara itu," katanya.
Beliau menambah bahawa sehingga tarikh penghakiman hari ini, Peguam Negara tidak campur tangan dalam saman itu dan lagi pula tidak ada petanda menunjukkan sama ada Peguam Negara akan campur tangan dalam kes itu.
Mengulas lebih lanjut mengenai penghakimannya bahawa kenyataan tuntutan plaintif tidak mempunyai justifikasi bagi tindakan, Hakim Wong berkata kenyataan tuntutan pada dasarnya menyentuh penggunaan sebahagian tanah oleh pihak kuil dan yang lebih penting, kenyataan tuntutan tidak menyatakan bahawa kebebasan beragama oleh plaintif telah dicabuli dalam kes ini.
"Saya juga menolak apa-apa kebergantungan kepada adat Hindu sehingga menjejaskan Kanun Tanah Negara. Sesuatu adat atau pengamalan hanya dapat dilaksanakan jika dapat ditunjukkan bahawa adat atau pengamalan itu mempunyai 'kuat kuasa undang-undang' dan dalam kes ini, tidak ada bukti bahawa adat Hindu mempunyai kuat kuasa undang-undang.
"Dalam apa jua keadaan, apa-apa adat atau pengamalan tidak boleh mengatasi peruntukan terakam Kanun Tanah Negara mengenai hak pemilik berdaftar terhadap tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 (1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dalam prosiding yang sama, Hakim Wong membenarkan permohonan oleh One City Development, Sime UEP Properties, pengarah Perancangan Bandar dan Desa Selangor serta kerajaan Selangor untuk membatalkan saman oleh penganut kuil tersebut.
Beliau juga memerintahkan plaintif membayar ganti rugi dan faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap jumlah ganti rugi kepada One City Development berhubung semua kerugian yang dialami oleh pemaju yang timbul daripada akujanji.
Dalam saman itu, plaintif antara lain mendakwa, kuil itu dibina pada 1880 oleh nenek moyang plaintif ketika mereka bekerja untuk "Seafield Rubber Estate" dan mereka mendakwa bahawa pada 16 Ogos 2005, Jawatankuasa Ekco Negeri Selangor telah 'mengesahkan' bahawa kuil itu akan kekal di atas tanah tersebut.
Sementara itu, peguam Claudia Cheah Pek Yee yang mewakili One City Development memberitahu pemberita selepas prosiding bahawa penghakiman hari ini bermakna pemaju mempunyai kebebasan untuk meneruskan pelaksanaan writ hak milik.
Isu pemindahan kuil tersebut telah mencetuskan rusuhan pada 26 dan 27 Nov tahun lepas, berhampiran kuil, menyebabkan seorang anggota bomba, Muhamad Adib Mohd Kassim, cedera parah sementara beberapa orang lain turut cedera, 23 kenderaan dibakar dan sebahagian One City Mall mengalami kerosakan.
Muhamad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 13 2019
Sebelum ini, 50 penganut Kuil Sri Maha Mariamman memohon kepada mahkamah untuk menghalang One City Development daripada memasuki kawasan kuil. - Astro AWANI/Shahir Omar
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka
Satu saat pun saya tidak pernah lupa berdoa untuk Adib - Ibu
Asma Aziz berharap agar keputusan inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib yang akan diumumkan esok, memihak kepada keluarganya.
Inkues Adib: 'Metodologi pakar forensik HKL salah'
Prof Dr Shahrom Abd Wahid menyifatkan individu yang membuat eksperimen untuk ketahui punca kematian Muhammad Adib sebagai tidak berpengalaman.
'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba
Sebagai rakyat sebuah negara membangun, tindakan kita sepatutnya selalu rasional.
Inkues Adib: Prosiding ditangguh esok
Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di sini, ditangguh esok.
'Adib minta kebenaran guna telefon bimbit' - Saksi
Dr Suneta yang juga saksi ke-15 memaklumkan pasukan perubatannya yang merawat Muhammad Adib telah meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan permohonan beliau untuk menggunakan telefon bimbit.
Inkues Adib: 'Saya pening dan takut' - Saksi
Prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada hari ketujuh dengan keterangan saksi ke-11, K. Arumugam, pada Selasa.
Mahkamah tolak permohonan halang pemaju masuk tapak Kuil Sri Maha Mariamman
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan bagi injunksi interlocutory oleh 50 penganut Kuil Sri Maha Mariamman untuk menghalang One City Development daripada memasuki kawasan itu.
30 saksi akan dipanggil untuk inkues Adib
Seramai 30 saksi akan dipanggil untuk prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammmad Adib Mohd Kassim.
Pengurusan kes inkues Muhammad Adib pada 18 Jan
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditetapkan pada 18 Jan ini.