awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan Kassim Ahmad cabar keputusan JAWI

Haider Yutim
Haider Yutim
06/01/2015
04:00 MYT
Mahkamah tolak permohonan Kassim Ahmad cabar keputusan JAWI
Permohonan tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad.
Bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad hari ini gagal dalam permohonannya untuk mencabar keputusan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).
Permohonan tersebut ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad atas alasan tindakan itu tidak melanggar hak perlembagaan.
Kassim, 81, telah memfailkan permohonan tersebut pada 24 Julai lalu di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris menangkap dan mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Kassim telah ditahan di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim oleh penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 26 Mac kerana didakwa mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis.
Beliau ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai JAWI, Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Kassim didakwa melakukan perkara itu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Feb lepas.
Di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, beliau dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama Kassim didakwa membentangkan satu skrip ucapan bertajuk 'Ucapan kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' yang didakwa menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara mencemuh amalan yang berhubungan dengan Islam.
Bagi pertuduhan kedua beliau didakwa membentangkan skrip ucapan yang sama yang didakwa menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, dengan mengingkari atau melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti melalui Fatwa iaitu Fatwa-Fatwa Wilayah Persekutuan berkenaan golongan anti hadis.
Kassim bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama tersebut.
Topic Berkaitan
#cabar
#hina
#Islam
#JAKIM
#JAWI
#Kassim Ahmad
#mahkamah
#permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan