KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana tidak mengemukakan sijil cuti sakit pada prosiding hari ini.
Hakim Azura Alwi berkata Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 65, hanya tidak mengemukakan sijil itu hari ini kerana sebelum ini, beliau akan berbuat demikian jika tidak sihat.
"Saya tidak bercadang untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau. Saya faham perjalanan dan persiapan yang dibuat pihak peguam dan tertuduh. Bagaimanapun, saya rasa sebelum ini (jika) saksi berkenaan tidak sihat, beliau akan maklum kepada mahkamah, cuma hari ini sahaja," katanya.
Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding hari ini dan mengarahkan Zarul Ahmad mengemukakan sijil cuti sakit pada 7 Jun ini.
Terdahulu, peguam RSN Rayer yang mewakili Guan Eng memohon supaya mahkamah memberi teguran kepada saksi itu dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tidak mengemukakan sijil cuti sakit.
"Kita tahu tentang keadaan kesihatan beliau malah sepanjang perjalanan kes juga, kadangkala saya minta beliau berehat tetapi hari ini telah ditetapkan untuk prosiding mencabar kredibiliti dan sijil cuti sakit tidak dikemukakan. Oleh itu, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pula berkata beliau dimaklumkan pada 10.15 pagi oleh pegawai penyiasat bahawa saksi itu mengalami vertigo dan tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Pada 4 Mac lepas, Azura membenarkan permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding mencabar kredibilti Zarul Ahmad setelah mendapati wujud percanggahan dalam kenyataan saksi itu kepada SPRM dengan kenyataan beliau di Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 63, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk menerima suapan berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah membantu syarikat ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Guan Eng didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Pada 4 Mac lepas, hakim membenarkan permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding mencabar kredibilti Zarul Ahmad. - Gambar fail
MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.
Kedudukan ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat - Anwar
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya di pentas antarabangsa apabila agensi penarafan global, Moody's Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat negara pada tahap A3 dengan tinjauan stabil.
Op TBC JPJ Melaka: 1,135 kesalahan dikesan dalam tempoh tiga hari
JPJ Melaka mengenal pasti sebanyak 1,135 kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Tahun Baru Cina 2025 yang bermula 20 Jan lepas.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya - FAM tunggu lampu hijau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 3 juta rakyat Palestin "dipenjara" oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel.
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Kerajaan akan tambah gerabak ETS - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu penggunaan kereta api elektrik (ETS) semakin popular untuk perjalanan jarak jauh dan Kerajaan akan menambah bilangan gerabak. #AWANInews
"Jika saya mati, ampunkan saya, ibu, ayah," tulis kanak-kanak Gaza sebelum maut
BANDARAYA GAZA, 25 Jan (Bernama-AA) - "Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana Beckham - Kyle Walker
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini.
Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kes Guan Eng: Rakaman kenyataan mendiang Ewe direka palsu - Pembelaan
Selepas mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak, hakim Azura Alwi menetapkan 13 Dis ini untuk memutuskan perkara itu.