KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan bagi melucut hak barangan mewah yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu.
Barangan itu termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 buah kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka dan lima lagi responden yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melucut hak barangan itu berkata AGC gagal membuktikan hubungan antara harta yang disita dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Harta yang disita daripada Najib, Rosmah, dua anak mereka, Nor Ashman Razak dan Nooryana Najwa serta anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, dirampas dari premis yang diduduki atau sebelum ini diduduki oleh mereka dan mereka dalam apa jua keadaan, daripada keluarga yang sama.
"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa harta yang disita daripada lima responden itu dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib. Pemohon (AGC) sebenarnya mengakui bahawa beberapa harta yang disita adalah hadiah," kata hakim itu.
Hakim Mohamed Zaini berkata pemohon hanya menyenaraikan harta yang disita dan nilainya dan seterusnya menyimpulkan bahawa kelima-lima responden tidak mempunyai sejumlah besar wang tunai atau membeli harta itu berdasarkan pendapatan mereka.
"Adalah jelas bahawa pemohon hanya membuat kesimpulan ini berdasarkan anggapan dan ia tidak mencukupi kerana pemohon perlu membuktikan hubungan langsung antara wang yang didakwa diperoleh secara haram kepada wang yang ditemui dan harta yang dibeli," katanya.
Hakim juga menolak permohonan untuk melucut hak sebuah banglo yang didirikan atas dua plot tanah di Taman Tanjung Bungah, Pulau Pinang, serta wang yang disimpan dalam tiga akaun bank Hong Leong milik responden ke-13 Puan Sri Goh Gaik Ewe, yang merupakan ibu kepada ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
"Pemohon hanya menunjukkan wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank tetapi tidak memberikan apa-apa bukti bagaimana akaun bank ini berkaitan atau digunakan untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Hubungan antara responden ke-13 dengan mana-mana watak atau entiti dalam hal ehwal 1MDB telah hilang dengan ketara dan terdapat banyak percanggahan dalam afidavit oleh pegawai penyiasat yang tidak pernah diperbetulkan atau diberi penjelasan," katanya.
Kerajaan juga gagal melucut hak wang yang disimpan dalam tujuh akaun bank milik responden ke-14 dan ke-15, bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dan isterinya, Lim Hwee Bin, atas alasan yang sama iaitu pemohon tidak menyediakan bukti bahawa akaun bank itu berkaitan atau digunakan untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Pemohon juga tidak memberikan sebarang bukti untuk menunjukkan bagaimana wang yang didepositkan ke dalam akaun bank itu dikaitkan dengan sebarang transaksi haram... saya cenderung untuk bersetuju dengan peguam mereka dan oleh itu menolak permohonan ini," kata Hakim Mohamed Zaini.
Mahkamah juga menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak 26 Nissan Urvan dan sebuah Nissan X-Trail milik responden ketujuh dan kelapan yang dinamakan dalam saman pelucuthakan tersebut iaitu sebuah syarikat khidmat perundingan pengurusan, Senijauhar Sdn Bhd dan seorang individu, Aiman Ruslan.
Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memberitahu mahkamah AGC akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Sementara itu, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak aset daripada lapan responden lain kerana mereka tidak membantah permohonan tersebut iaitu Mohd Kyizzad Mesran, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd dan tiga bekas pegawai 1MDB yang telah melarikan diri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.
Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka, serta 13 individu dan syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.
Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.
Dalam notis usul lucut hak itu, pendakwaan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) dan Nooryana Najwa, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih;
Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Antara barangan yang dinyatakan dalam notis itu ialah beg tangan, kasut dan jam tangan pelbagai jenama serta wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas pihak polis pada 17 Mei 2018 dan 11 Jun 2018 serta 27 kenderaan Nissan yang dirampas pada 2 Ogos 2018 dan sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Hakim berkata AGC gagal membuktikan hubungan antara harta yang disita dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.- Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.