awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah: "Ustaz Budak" didakwa cabul lelaki

Bernama
Bernama
21/12/2020
04:49 MYT
Mahkamah: "Ustaz Budak" didakwa cabul lelaki
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ibrahim Mohammad Ghulam. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU:Seorang ustaz yang juga pengusaha madrasah di Kelantan yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, Rabu lalu.
Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ibrahim Mohammad Ghulam.
Mengikut pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi mangsa pada 1.15 pagi, 16 Dis lalu, di sebuah bilik hotel dekat sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili peguam Siti Atikah Abd Halim.
Terdahulu, Siti Atikah memohon jaminan minimum ditawarkan kerana tertuduh yang juga pengusaha madrasah di Machang perlu menguruskan 150 pelajar.
"Pendapatan tertuduh hanya RM2,500 hingga RM3,000 sahaja selain perlu menanggung ibu yang merupakan orang kurang upaya dan enam adik-beradik dengan ada yang masih bersekolah," katanya.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 21 Jan depan untuk serahan dokumen.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ustaz Budak
#pengusaha madrasah
#kelucahan melampau
#mencium pipi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan