awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM

Bernama
Bernama
28/05/2024
15:32 MYT
Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Menurut Hamidan beliau hanya belajar sendiri di rumah tanpa bantuan sesiapa dengan memperbanyakkan membuat latih tubi mata pelajaran berkenaan. - Foto Sinar Harian
PADANG BESAR: Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Hamidan Yahaya yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (Rejimen 504 Askar Wataniah) dekat sini, menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan berjaya memperoleh B+ pada keputusan yang diumum semalam.
"Saya ingin cuba dan cabar diri. Saya juga seronok masuk dewan peperiksaan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Menurut Hamidan beliau hanya belajar sendiri di rumah tanpa bantuan sesiapa dengan memperbanyakkan membuat latih tubi mata pelajaran berkenaan.
"Saya tak ada cikgu, tidak pergi tuisyen, tidak berpandukan TikTok atau Google... dengan hanya guna buku yang dibeli sendiri, buat latihan, kemudian tengok jawapan di belakang buku," katanya.
Hamidan yang mempunyai lima anak berusia antara 20 hingga 32 tahun berkata beliau pernah menduduki peperiksaan SPM 2022 bagi mata pelajaran Matematik dan memperoleh A dengan hanya belajar sendiri.
Beliau mengakui sememangnya terdapat cabaran dalam soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada masa ini iaitu sedikit sukar berbanding SPM yang didudukinya 42 tahun lepas.
"Dulu (42 tahun lepas) keputusan SPM saya dapat pangkat tiga, untuk Sains dan Matematik (sekadar) lulus," katanya yang merancang untuk mengambil peperiksaan SPM 2024 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Hamidan turut menasihati golongan muda supaya mengambil berat akan kepentingan peperiksaan SPM yang merupakan langkah permulaan untuk masa depan lebih baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM 2023
#penjawat awam
#Hamidan Yahaya
#Sijil Pelajaran Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan