awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu gaya hidup mewah punca 55 peratus belia ambil rasuah - MBM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
10/12/2020
22:00 MYT
Mahu gaya hidup mewah punca 55 peratus belia ambil rasuah - MBM
Pelbagai program kesedaran yang dijalankan oleh kerajaan ataupun swasta masih lagi gagal dihayati oleh golongan ini dan ia dapat dilihat daripada angka yang dikeluarkan oleh SPRM. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Inginkan gaya hidup dan dilihat mewah adalah antara sebab utama yang menjadi punca sebilangan besar belia terjebak dalam gejala rasuah.
Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha berkata angka 55 peratus daripada dapatan kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah 2020 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan bahawa jumlah belia yang terlibat dalam gejala itu sejak 2018 tidak berubah.
Kadar itu juga katanya turut berpunya kegagalan belia memahami implikasi terhadap jenayah akibat rasuah.
“Sebahagian generasi kita mereka ingin dilihat mewah, dilihat bergaya tetapi di luar kemampuan. Maknanya melepasi paras kemampuan gaji mereka.
“Yang keduanya kita lihat kesedaran dari segi implikasi rasuah ini kepada negara dan kepada generasi muda khususnya tidak dihayati oleh generasi muda terhadap kehilangan pendapatan negara, ketirisan.
"Dan yang paling kita risaukan adalah golongan yang sepatutnya mendapat hak mereka tetapi dinafikan kerana gejala rasuah,” katanya pada Khamis.
Baca: 55 peratus belia terlibat rasuah, ubah sistem perkhidmatan awam - KM Sabah
Ketika ini, katanya, pelbagai program kesedaran yang dijalankan oleh kerajaan ataupun swasta masih lagi gagal dihayati oleh golongan ini dan ia dapat dilihat daripada angka yang dikeluarkan oleh SPRM.
Tambahnya, kalau dilihat pada akta undang-undang sedia ada, sudah mencukupi untuk menangani isu berkenaan.
Bagaimanapun untuk menentukan bahawa ia berkesan adalah sukar memandangkan hampir segalanya sudah dilakukan.
"Kita masih lagi buntu melihat mengapa undang-undang masih lagi tidak menjadi satu mekanisme yang mampu menghalang.
"Kita tidak mengharapkan seratus peratus tetapi dengan impak undang-undang, sekurang-kurangnya peratusan tadi itu turun,” jelasnya.
Belia, katanya, harus berpandangan lebih jauh dan melihat nilai kehidupan mereka bukan hanya semata-mata terletak kepada kemewahan tetapi kebahagiaan sebenar itu juga terletak pada apa yang dimiliki dari sifat dalaman diri.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Jufitri Joha
#majlis belia malaysia
#kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan