awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu kongsi amal, usahawan anjur infak apam balik sepanjang Ramadan

Faida Rahim
Faida Rahim
25/03/2024
09:00 MYT
Mahu kongsi amal, usahawan anjur infak apam balik sepanjang Ramadan
Syahrina Ahmad yang juga ibu tiga anak ini memberitahu, sebahagian daripada hasil jualan harian juga diserahkan kepada tabung pembinaan Maahad Tahfiz di Negeri Sembilan.- Gambar Astro AWANI
TAMPIN: Niat mahu berniaga sambil beramal membuatkan seorang pengusaha apam balik di Pasar Besar Tampin menganjurkan program infak untuk orang ramai sepanjang bulan Ramadan, sejak lima tahun lalu.
Inisiatif oleh usahawan, Syahrina Ahmad, bermula dengan perkongsian idea bersama rakan rapat dan saudara-mara yang memberi sokongan seterusnya menyalurkan sumbangan tunai.
Menerima sambutan yang memberangsangkan, dia kemudian memperluaskan usaha itu dengan membuka sumbangan daripada orang ramai melalui perkongsian di media sosial.
Kayanya, usaha kecilnya itu diharap dapat membantu ramai umat Islam di Tampin menikmati apam balik secara percuma manakala penyumbang pula dapat mengumpul ‘saham’ di bulan mulia ini.
“Saya mengambil pendekatan ini kerana saya faham dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang terkesan serta mempunyai bajet tertentu setiap kali mahu membeli juadah berbuka puasa.
“Boleh dikatakan setiap hari ramai yang infak duit dalam menjayakan program ini. Hasil kutipan infak itu, saya akan sediakan lebih kurang 50 hingga seratus keping apam balik dalam sehari untuk diedarkan secara percuma.
“Sebenarnya idea program ini bermula sejak saya mula berniaga lima tahun lalu. Saya berharap dapat memberi senyuman kepada penerima setiap hari, insya-Allah,” katanya kepada Astro AWANI.
Ibu tiga anak berusia 39 tahun ini memberitahu, sebahagian daripada hasil jualan harian juga diserahkan kepada tabung pembinaan Maahad Tahfiz di Negeri Sembilan.
Menurutnya lagi apam balik dengan inti kacang, jagung, coklat, strawberi dan banyak lagi tersedia di gerainya setiap hari untuk diedarkan secara percuma.
"Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Dalam masa sama, saya juga menerima tempahan individu yang ingin infak juadah untuk berbuka puasa dan moreh di surau atau masjid berhampiran,” katanya yang turut menjual apam balik bersaiz besar itu pada harga antara RM5 hingga RM8.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#jendela ramadan
#infak apam balik
#Bazar Ramadan
#pasar besar tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan